nikmatilah kehidupan kita di dunia ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan dengan orang-orang tersayang..kerana setiap detik yang kita lalui pasti tidak akan berulang lagi...kenangan itu suatu keindahan.
Monday, October 19, 2009
Pulut Panggang
Bahan-bahan ( 15 batang )
4 cawan beras pulut
4 cawan santan
garam secukup masin
serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
beberapa helai daun pandan
daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang)
Cara-cara
1. cuci beras pulut dengan air suam
2. masukkan santan+garam+daun pandan dlm loyang
3. tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins
(kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)
4. bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10 inci dan lebar
5 inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya
5. ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
6. ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi
7. tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
8. gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya
9. letak atas api (dlm kuali leper) dan balik2kan hingga garing - makan masa panas-panas... best!
source: myresepi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog sebagai rujukan dan kenangan (coretan untuk anak-anakku yang disayangi)
28 Oktober 2024 - Happy Belated Birthday Adik...Hari jadi anak yang terpaling bongsu..happynya dia..Annis Azzahra dah 9 tahun, dah besar ad...
-
Dah lama dok intai-intai kek yang glemer ni...apa lagi meh kita tengok apa bahan-bahannya...kat malaysia kek ni jarang2 kedengaran.. The ult...
-
Sepanjang mengharungi perjalanan hidup,manusia tidak dapat lari dari dugaan.Dugaan yang datang ada kalanya memberi tekanan pada jiwa dan pas...
-
Malam ni tiba-tiba rasa nak menulis pengalaman yang dah dilalui pada penghujung tahun lepas. Sementara masih ingat ni baik tulis kat blog se...
No comments:
Post a Comment