Wednesday, October 28, 2009

Mexican Bun (Rotiboy)



Bahan-bahan ( 17 biji bun )

Filling
-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar

Topping
-200 gm mentega
-160 gm gula icing
-3 biji telur grade A- pukul sedikit
-1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
-200 gm tepung gandum

Doh Roti
-500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
-2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
-20 gm susu tepung
-75 gm gula castor
-3 sudu kecil dry yeast
-1 sudu kecil garam
-1 biji telur- dipukul
-250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
-60 gm mentega

Cara-cara

Filling
- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping
- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.

Doh Roti
-Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
-Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
-Masukkan telur dan air/susu segar.
-Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
-Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
-Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
-Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
-Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
-Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
-Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

* this is my fav. roti - beli kat klcc dulu2...nyum2 sedap sgt

source: myresepi

No comments:

Post a Comment

Blog sebagai rujukan dan kenangan (coretan untuk anak-anakku yang disayangi)

 28 Oktober 2024 - Happy Belated Birthday Adik...Hari jadi anak yang terpaling bongsu..happynya dia..Annis Azzahra dah 9 tahun, dah besar ad...