Showing posts with label lelaki dan suami. Show all posts
Showing posts with label lelaki dan suami. Show all posts

Tuesday, October 27, 2009

CARA-CARA MEMIKAT LELAKI

Sebagai seorang wanita untuk menambat hati lelaki bukanlah semata-mata dengan menggunakan kuasa kecantikan, tetapi banyak perkara-perkara yang perlu kita titikberatkan untuk menarik perhatian lelaki terhadap diri kita.
"Sentiasa tersenyum dan jngan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan sidia.


"Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda


"Berwatakan menarik(Persenoliti yang mampu mengugat hatinya)


"Jujur dan sentiasa merendah diri


"Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.


"Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu)


"Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut


"Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati


"Jangan terlalu mengongkong


"Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahaui seprti mata dan tangan


"Jaga cara pemakaian anda,sekdi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati


"Sering memberikan kad ucapan buat sidia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.


"Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.


"Apabila berhadapan dengan lalaki yang kamu minati,renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu.Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.


"Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka


"Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.


"Tidak mudah purus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.


"Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.


"Jangan bandingkan'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali


"Menjadi temannya ketika dia susah dan senang


"lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang


"yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik


"Bunyi derapan ksut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki


"Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal


"Mengetahui bila hari lahirnya


"Menghormati dirinya,keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya


"bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku.Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan


"Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya.Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama


"Jangan terlalu bersikap ganas dalam perbualan


"Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna


"Jangan perasan bahawa kamu memnpunyai paras rupa yang jelita.


"Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.


"Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan


"Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.


"KETAHUILAH MEREKA INI ADALAH GOLONGAN YANG TERLALU SENSITIF DAN SUKA AKAN KELEMBUTAN APATAH LAGI DARI SEORANG GADIS


"Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.


"lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit.Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.


"Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata,punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.


"Jangan bersikap terlalu kuno


"Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja.Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.


"Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan,kejujura n dan tingkah laku yang bersopan - santun


"lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama


"Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan
"Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada


"Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati


"Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang


"Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi


"Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Sekian, Selamat Mencuba Semoga Berjaya

Source: Tmn2syurga

Wednesday, September 2, 2009

Suami berubah bila dah kaya

SEBELUM saya berbicara lebih lanjut saya ingin bertanya kepada pembaca wanita khususnya, adakah anda mencari suami yang taraf pendidikannya sama dengan anda atau anda menerima seadanya? Jika anda belum berkahwin, fikirkan sepuluh kali. Biasanya wanita menerima suami seadanya, tetapi suami zaman sekarang memilih isteri yang boleh memberi keuntungan dan memberi faedah kepadanya.. Bukan mereka sahaja, malah keluarga mereka juga berpandangan demikian.

''Kalau boleh mereka mahukan menantu perempuan yang ada segala-galanya yang boleh memberikan kesenangan dan tidak menyusahkan anak lelaki mereka, misalnya ada kereta, rumah dan pekerjaan yang baik.'' Demikian cerita Khalida dalam e-melnya.

''Saya katakan demikian berdasarkan pengalaman sendiri dan melihat di kalangan kawan-kawan wanita sepejabat dengan saya.. Mereka juga mempunyai pandangan yang sama. Kalau boleh suami mahu melepaskan semua tugas hakikinya kepada isteri untuk laksanakan, sementara dia bebas menyenangkan dirinya sendiri.

''Dulu masa mula berkahwin saya tahu taraf pendidikan dan pendapatan suami saya Zainoor, cuma seorang kerani, sementara saya walaupun seorang guru tetapi berijazah. Biarpun saya tahu kedudukannya, tetapi saya yakin kebaikan, dedikasi dia dalam bekerja di samping pandai menjalankan perniagaan sambilan boleh bahagiakan kami.

''Saya lihat dia cukup rajin berusaha, kerana itu saya yakin dia boleh menjadi ayah yang baik kepada anak-anak kami nanti. Hasrat saya tercapai hinggalah usia perkahwinan kami mencecah 12 tahun dan kami mempunyai 4 orang anak.

''Syukur kepada Allah kerana hidup kami cukup bahagia. Tambahan pula ketika itu Zainoor telah berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan atas dorongan saya, sementara saya sendiri telah naik pangkat menjadi guru besar.

''Berkat usaha dan persefahaman kami suami isteri, kami berjaya memiliki 3 buah rumah dan dua buah kereta untuk memudahkan kami bekerja.

''Sebenarnya bukan mudah memimpin suami menjadi berjaya, saya mengeluarkan wang simpanan yang banyak sebagai modal untuk menggalakan dia berniaga pada awalnya. Malangnya ketika itu kerana sayangkan suami dan ikhlas untuk membantunya, saya tidak pernah meminta balik duit yang dijadikan modal dia berniaga.

''Sebaliknya saya nasihatkan dia supaya menambah modal lebih banyak lagi supaya perniagaan dapat berjalan lancar tanpa tertangguh kerana ketiadaan modal. Pendek kata sejak lima tahun melihatkan diri dalam perniagaan sepenuh masa, hidup kami memang boleh dikatakan senang juga.

''Malangnya, saya terlupa melihat perubahan suami saya, setiap kali keluar malam saya yakin bila dia kata jumpa kontek dan rakan perniagaan. Katanya berniaga mesti banyak kontek, barulah berjaya, kalau boleh ikut cara orang Cina berniaga mereka ramai kawan, yang boleh bertukar fikiran dan meminta nasihat kalau perlu.

''Tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini, dia sudah mula pandai balik rumah hingga subuh. Saya dek kerana terlalu sayang dan percaya, tidak pernah terfikir dia boleh memusnahkan harapan saya dengan bercinta lagi.

''Satu malam dia balik awal lepas makan malam dia meluahkan hasrat hatinya ingin berkahwin lagi. Nak pengsan saya. Hancur semua harapan, hilang sudah kepercayaan saya terhadapnya selama ini. Sebulan kami berperang, habis tu saya lancarkan perang dingin, harapan saya supaya dia ingat kepada janji kami dan segala pertolongan saya kepadanya selama ini, dan menjadikan dia dirinya sekarang..

Bercinta

''Tapi orang tengah bercinta segala nasihat tidak didengar lagi, dia tetap ingin berkahwin dengan kekasihnya seorang wanita bekas pelayan kelab malam, berstatus janda anak tiga lima tahun lebih tua daripada saya.

''Saya rasa tidak ramai isteri yang sanggup bermadu dengan rela. Saya minta pendapat keluarga, memang tidak ada yang setuju, ibu saya yang tua dan uzur menyerahkan segalanya kepada saya, dan dia tidak menghalang kalau saya bercerai. Kerana ibu tahu besarnya pengorbanan saya menjadikan suami saya dengan kedudukannya hari ini. Dan ibu amat kesal kerana pengorbanan saya selama ini tidak dihargai.

''Kerana permintaannya di bantah, dia jadi seorang peminum dan jarang-jarang balik ke rumah. Dia bukan lagi suami saya yang saya kenal dulu. Akhirnya saya terpaksa memberi kata dua kepada suami saya untuk melepaskan saya. Dua bulan lamanya dia membuat keputusan dan seterusnya dia meninggalkan rumah dan pindah ke rumah baru dengan wanita tersebut bersama anak-anaknya.

''Apa yang saya kesalkan sudahlah suami buat saya sedemikian rumah, adik beradiknya ikut memfitnah suami saya bahawa saya tidak hebat dirajang, terlalu sibuk bekerja, selalu berkursus dan paling menyakitkan hati bila dia menuduh saya membodohkan dirinya selama ini kerana mengikut cakap saya.

''Pada saya tuduhan membomohkan dia memang fitnah, siapa dia? Dia cuma kerani asalnya, kalau saya pandai cari bomoh lebih baik saya bomohkan jutawan atau pegawai tinggi kerajaan supaya kahwin dengan saya bukan dia! Kejayaan dia dalam perniagaan sekarang pun hasil modal saya kalau tidak hingga kini dia masih kerani lagi. Memang dasar tak sedar diri!

''Lebih pelik mengapa selepas 13 tahun berkahwin baru timbul isu bomoh? Sepatutnya saya tuduh suami saya yang bomohkan saya, kerana mahu berkahwin dengan dia cuma seorang kerani sedangkan saya ada izajah.

''Sesungguhnya Allah Maha Besar. Baru setahun berkahwin, hidupnya mula berantakan, sudahlah duitnya dikongkong oleh isteri barunya, nak jumpa anak-anak sendiri pun disekat. Sehinggakan telefon bimbitnya pun dikawal rapi.

''Namun saya tidak kisah saya mampu memberikan yang terbaik kepada anak-anak saya. Syukur kepada Allah anak-anak saya dapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan tahunan mereka. Hakikatnya perceraian kami sedikit pun tidak mengganggu pelajaran mereka, malah saya lihat hidup mereka lebih ceria lagi. Dengar cerita belum sampai dua tahun berkahwin bekas suami saya sudah jadi kaki hutang.

''Kini hidup saya lebih bahagia. Benarlah kata orang, kekayaan belum tentu menjadikan kita bahagia. Kini hati dan fikiran saya lebih tenang, tak perlu melihat jam pukul berapa suami balik. Tak perlu terkejar-kejar siapkan makanan bila suami balik, kini saya lebih bahagia hidup bersama anak-anak. Biarlah dia bahagia bersama anak-anak tiri dan isteri barunya, di situ mungkin dia lebih bahagia daripada dengan anak-anaknya sendiri.

''Bukan niat berdendam tetapi bila segala pergorbanan tidak dihargai, tiada gunanya bertahan dan berpura-pura bahagia. Saya ambil langkah tepat untuk membahagiakan diri dan anak-anak saya. Bukan menderita menunggu suami yang sudah lupa diri.

''Kepada kaum hawa di luar sana, saya ingin berpesan, anda tidak perlu berasa lemah jika ditinggalkan suami kerana Allah yang mengatur segala kehidupan kita. Tentunya ada hikmah yang tersembunyi di sebalik segala yang berlaku. Anda bukan perempuan malang. Tetapi anda terpilih untuk melalui ujian-Nya.'' Demikian cerita Khalida panjang lebar untuk menjadi teladan anda.

Yakinlah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, Terpulang kepada anda mentafsirkan tetapi kalau tidak yakin anda boleh berdikari, sabar dan telanlah atas apa yang berlaku.

* uhukuhuk...sedihnya baca kisah nih...

Source: Taman2syurga

Blog sebagai rujukan dan kenangan (coretan untuk anak-anakku yang disayangi)

 28 Oktober 2024 - Happy Belated Birthday Adik...Hari jadi anak yang terpaling bongsu..happynya dia..Annis Azzahra dah 9 tahun, dah besar ad...