Tuesday, October 19, 2010

Lama aku tak menaip ....

Haha..lama sungguh la aku tak menaip kat blog aku nih..mana taknya depan belakang kiri kanan asyik IGEM jer...sampai tak menafas aku dibuatnya...terasa lega gilo program tu dah lepas dah pun..macam-macam la pengalaman yg aku amik dari awal hingga akhir program. Byk la pengajaran yg aku dapat tentang kehidupan ini. Wajah-wajah manusia yg pelbagai yg perlu aku pelajari dan fahami untuk meneruskan kehidupanku ini. Kesimpulan yg aku boleh buat, kejujuran dan keihklasan dalam diri, belum cukup untuk aku harungi lautan yg dalam. Tapi element itulah juga yg aku pegang dan teguh dalam diri aku..

Aku memberi 100% mental & fizikal aku untuk melaksanakan IGEM nih. Sampaikan life aku terasa yg teramat la sibuk. Sebelum aku lelapkan mata pun aku masih memikirkan ada apa keja lagi yg aku x setel dan perlu disetelkan. Family dah aku letak ke ranking yg kedua dah time tu...hari-hari aku rasa masa yg aku lalui singkat dan tak cukup masa. dan hari-hari jugaklah abg aku kena tunggu dalam kereta diluar office tu...dari pagi lepas aku sarapan pagi dalam bilik aku sampai ke masa terakhir aku nak balik, aku masih lagi pulun keja-keja yg tak setel, lepas tu bergegas masuk keta balik, Kadang tu ada juga riak wajah abg mcm nak marah aku tapi tak sampai hati, aku sembg2 ngn abg sampai umah mandi solat makan iron baju semua n terus tido...bangun pagi aku rasa mcm tak ada tulang belakang. . tapi aku rasa kesian la pulak pada cik abg aku. Nasib baik la cik abg aku seorang yg amat memahami diriku ini. Tak pernah pun dia nak marah-marah or berkasar dengan aku tak tentu pasal.. Terima kasih ye abg..Lepas ni tak nak buat mcm tu lagi..Ada org cakap kerja is kerja, family is family..mudah untuk cakap tapi nak melaksanakan mmg susah.

Banyak benda yang buat aku hilang sabar dan hilang akal dalam menjalankan program ni. Kadang-kadang dimalukan sehingga tak tau lagi nak letak muka kat mana. Tapi kadang-kadang happy-happy je menjalankan kerja. Adakalanya diperbodohkan macam tak pernah sekolah. Ada ketikanya diperbudak-budakkan. Tapi tu semua aku telan dalam jauh ke kerongkong aku. Aku buat jugak kerja aku, aku redah je, aku buat dono je, sampai siap, aku lantakkan ja apa org nak cakap..orang bleh cakap ja..aku yg nak buat keja-keja tu semua..so what..perbuatan cakap dan buat ialah benda yang berbeza. Bila kemarahan aku tak dapt dikawal aku cepat2 ke surau, ambil wuduk dan solat...pastu diri aku stabil balik...pastu aku sambung tugas aku.

Alhamdullilah program dah pun habis...aku cuti 2 hari engkau..amik.. konon mcm cover la balik penat tu. Tapak kaki aku mcm nak pecah..nak jalan pun sakit..balik dari program lepas mandi abg sapu minyak belakang aku...dan seperti biasa abg akan buat reflexology kat aku...mana taknya nak jalan pun dah tak boleh..kaki bengkak. Abg cakap sunyinya bila aku tak ada...dia cakap dia rindu kat aku...kesian kat abg...Aku cerita kat abg dari A-Z kisah-kisah aku di program tu. Abg cakap jadikan sebagai pengajaran dan pengalaman apa yg dah berlaku tu...

Saturday, May 15, 2010

Mengeluarkan Black & White Head Di Muka...

Hi kawan-kawan kat sini aku ada satu petua nak bagi pada korang semua cara-cara mengeluarkan black head & whita head dengan cara yang paling efektif...aku tau ramai yg menghadapi problem nih..tak kira la lelaki ke perempuan...mungkin korang dah tau..or ada yang tak tau lagi. Kalau nak pakai besi muka tu mmg la menyakitkan..tu pun picit satu or dua je..then bila dah picit2 tu faham-fahamlah sampai bengkak-bengkak muka. tapi masa aku final year dulu, kawan aku yg aku panggil adik..ajar aku mcmana nak buang mende tu...

Muka aku ada putih2 kecik2 tu sampai naik rimas aku..mende tu akan lagi ketara bila lepas mandi or pakai bedak...amatlah teserlah dan permukaan muka aku rasa kasar sangat..seminggu or dua minggu sekali aku mesti facial dengan cara ni. Hasilnya amat lah memuaskan..kalau pergi facial kat kedai pun boleh...tapi you have to pay for that lah kan...apapun terpulang pada masing-masing. Anda akan terperanjat melihat white or black head tu tercacak-cacak di topeng anda...

Mari kita mulakan....

Bahan-bahan:
1. Telur 1 atau 2 biji
2. Kapas muka 8 keping
3. Piring bersih
4. Besen kecil

Penyediaan cara-cara facial:

1. Ambil telur putih sahaja dan dimasukkan ke dalam piring.

2. Koyakkan lapisan kapas muka senipis yg mungkin (sama rupa asal tp nipis..aku biasa koyak 3 lapisan jer)

3. Masak air sehingga mendidih.

2. Tuang ke dalam besen kecil (Time ni mcm keluar asap2 gitu)

3. Ambil tuala mandi, kelubung kepala bersama besen tadi (besen letak dilantai..wapkan muka sehingga berpeluh..(peringatan: jauhkan sikit dari muka..takut melecur pulak)- tujuan mengewap muka ini ialah utk membuka liang2 roma dan membuang toksik di muka ok...)

4. Lap muka dengan tuala kering yg bersih...(jgn basuh muka tau)

5. Ambil sehelai demi sehelai kapas muka yg dicelupkan dengan telur putih dan ditampal ke muka..ratakan kapas yg dipenuhi telur tadi ke muka dan jgn berkedut.

6. Ulangi sehinggi semua muka dilitupi dengan kapas dan telur tadi..(hidung & mata jgn la korang tutup plak)

7. Proses pengeringan ini mengambil masa sekurang-kurang 3 jam.

8. Pastikan topeng tadi betul-betul kering barulah ditarik..(maksudnya jgn ada rasa sejuk2).

9. White or black head akan melekat di topeng anda.

10. Basuh muka dengan air biasa dan scruplah muka tu..(lap muka dan last sekali sapukan moisturiser ke muka anda..muka akan semulus kulit bayi..iklan plak dah..heheh)

( Untuk hasil yg berkesan, buatlah facial ni masa time rehat..dan jangan bercakap ataupun makan/minum).

Selamat mencuba....

Wednesday, May 12, 2010

Petua Awet Muda Untuk Wajah

Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.

Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.

Dalam pengamatan saya sendiri, amalan ini telah terbukti berkesan kerana semua 'wanita cantik' yang saya pernah kenal menurunkan petua ini kepada saya apabila saya bertanya 'rahsia' wajah mereka yang tegang dan sentiasa kelihatan ceria.



Source:kmdcbikers.com

Monday, May 10, 2010

Sunday, May 2, 2010

Nasihat Luqman Al-hakim

25 Nasihat Luqman Al-hakim Kepada Anaknya

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Surah Luqman; ayat 12

Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

Hai anakku; orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukan oleh mu, maka marahnya ibubapa terhadap mu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Hai anakku; Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Hai anakku; Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

Hai anakku; seseorang pendusta akan lekas/cepat hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian/nasihat kepada orang yang tidak mahu mengerti atau mendengar nasihat.

Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

Hai anakku; Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang merbahaya.

Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

Hai anakku; janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan apa sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan apa saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

Hi anakku; Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

Hai anakku; selalulah baik tuturkata dan halus budi-bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang yang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

Hai anakku; Jadikanlah dan jagalah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan celaan pada dirimu.

Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

Hai anakku; usahakanlah dan jagalah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

Hai anakku; Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dari berkata-kata kotor tentu akan menyesal.

Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur yang selalu disirami air hujan.

Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.


source: www.shafril.com

KURANGKAN TEKANAN KERJA CARA ISLAM

Sepanjang mengharungi perjalanan hidup,manusia tidak dapat lari dari dugaan.Dugaan yang datang ada kalanya memberi tekanan pada jiwa dan pastinya mengganggu rutin harian kita.Sebagai muslimah yang berkerjaya,tekanan kerja adalah perkara normal.Jika gagal dikawal,dibimbangi perasaan itu boleh menjejaskan hubungan dalam keluarga.
Bagaimanapun,Islam ada cara penyelesaiannya.Semoga dapat dipraktikkan agar jiwa kembali tenang ,setenang air yang mengalir.

1. PASTIKAN KITA SENTIASA DALAM KEADAAN BERWUDUK

Orang yang berwuduk akan mendapat ketenangan sepanjang hari bekerja.Bagi yang perlu bercakap di hadapan orangramai,dengan adanya air wuduk,kita akan merasa lebih segar,tenang dan tidak mudah hilang ingatan.

2. RAJIN TUNAI SOLAT SUNAT

Solat adalah kewajipan yang jelas perlu dilaksanakan.Ada baiknya kita melakukan solat-solat sunat bagi menambah pahala kerana dengan melakukan solat,jiwa kita akan tenang.

3. JADIKAN ALQUR'AN SEBAGAI TEMAN

Memandangkan kita bekerja,masa yang sesuai membaca AlQur'an ialah setiap kali selepas solat,waktu rehat atau sebelum tidur.Dengan mendekatkan diri kepada Allah,jiwa kita akan tenang dan mendapat kekuatan mengharungi sebarang dugaan.

4. SENTIASA INGAT ALLAH SENTIASA BERSAMA

Bersangka baiklah dengan Allah.Segala ketentuan Allah itu ada hikmah tersembunyi yang tidak kita ketahui.Tekanan yang kita hadapi adalah ujian yang mampu memberi kekuatan jika dapat diatasi.
Firman Allah swt:
Dia ada bersama kamu di mana saja kamu berada,dan Allah melihat dengan terang apa yang kamu perbuat" (Al-Hadid:4)

5. SERING BERDOA KEPADA ALLAH

Hanya kepada Allah jualah tempat kita memohon pertolongan.Allah Maha Mendengar yang akan mengabulkan permintaan hambaNya jika dilakukan bersungguh-sungguh dan benar-benar ikhlas.Bagaimanapun,sayugia diingatkan bahawa usaha juga perlu untuk mencapai apa yang kita kehendaki.
Firman Allah swt:
"Dan mohonlah kepadaKu,nescaya aku memperkenankan permohonan kamu."(Al Mukmin:60)

6. MENANGIS
Menyimpan perasaan tidak puas hati tanpa ada usaha untuk meluahkannya,akan menyebabkan tekanan menjadi lebih serius.Kita boleh luahkan rasa tidak puas hati itu di atas kertas ataupun menangis.Percayalah,anda akan rasa lebih lega setelah berbuat demikian.

7. DIET DAN DISIPLIN YANG TINGGI

Tekanan di tempat kerja juga boleh berpunca dari diet yang tidak seimbang.Kegagalan mengawal diet menjuruskan diri anda kepada pelbagai penyakit dan masalah kegemukan.
Sabda Rasulullah saw:
Jangan kamu bunuh hati dengan banyak makan dan minum kerana hati itu seperti tumbuhan,ia akan mati apabila air terlalu banyak.

8. BERSUKAN BERSAMA KELUARGA

Ia merupakan riadah yang dapat mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan diri.hakikatnya dengan bersenam kita dapat melupakan seketika masalah dan tekanan yang dihadapi.Masa yang diluangkan bersama keluarga juga turut membantu mmengurangkan tekanan bekerja.

Diharap tips-tips di atas dapat dijadikan panduan oleh teman-teman dan peringatan buat diri yang serba kekurangan ini.



source: mazidah-puterikusayang blog

Saturday, May 1, 2010

Brownies



Teringat mcm nak buat brownies besok..

Ingredients
2 cups white sugar
1 cup butter
1/2 cup cocoa powder
1 teaspoon vanilla extract
4 eggs
1 1/2 cups all-purpose flour
1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
1/2 cup walnut halves

Directions
Melt the butter or margarine and mix all ingredients in the order given.
Bake at 350 degrees F for 20 to 30 minutes in a 9 x 13 inch greased pan.

Source: allrecipes

Hari Jumaat yang ditunggu-tunggu..

Hehe hari jumaat ialah hari yang best sgt bekerja...mana taknya..keesokan harinya sabtu, cuti....lepas balik kerja..aku and abg terus pergi kajang...ada urusan bank sikit..lepas tu kitaorang makan kfc..pastu apa lagi balik la...sebelum sampai rumah aku ternampak jaya jusco..apa lagi ckp kat abg nak beli kamus kalau ada discount. dekat kajang pun aku dah tgk dengan abg kamus tu..tapi kedai tu tak nak bagi discount langsung...mahal sgt..pastu aku tgk recorder plak..pun mahal...jadi masuk jusco tingkat satu aku n abg cari la brg yg dikehendaki itu.

jeng jeng promoter tu kata ada promosi..apa lagi beli la...yg ni tak mahal sgt harga asal RM 49+.00. lepas dicount dapat half price. Aku dah lama nak kamus ni..tapi bajet utk menda ni tak de..jadi bila boleh je..horey...dapat jugak satu akhirnya....aku rasa benda ni aku perlu ada dlm life aku..thank you abg...



Besta Electronic Dictionary..aku sukaaaa...



closed up sikit..heee

Majlis launching conference IGEM 2010 di PJ Hilton

Hari Rabu lepas petang lepas kerja aku, kak rosnani, sabry dan faizal akan bertolak ke PJHilton untuk event yang akan dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air YB Dato Peter Chin. Kitaorang bertolak lepas magrib dengan kereta company Green Tech Malaysia (formerly known as Pusat Tenaga Malaysia). Melisa pulak nak tumpang kitaorang sbb kunci kereta dia tertinggal dlm kereta so kitaorang semua bergerak ke seksyen rumah melisa..lupa plak seksyen berapa tapi dekat2 PTM la gak. singgah jap makan..pastu hantar melisa and kitaorg terus bergerak ke PJ Hilton.

Sampai sana syazri design dah dok tunggu kami kat lobby..pastu kitaorg checkin 2 bilik. aku n kak ros satu bilik, manakala faizal n sabry 1 bilik. pukul 11.30pm kitaorg turun ke kristel ballroom utk tgk setting backdrop..tapi PTM dah hired syazri design utk setelkan kerja tu..jadi kami just tgk apa yg patut la...ada group lain yg sama2 setting backdrop tu yg dipanggil expomal and turun juga event manager for this event iaitu Green Purchasing Network Malaysia (GPNM)..jadi semua org sama2 nak menjayakan majlis yg akan berlangsung pada keesokkan harinya.

Disebabkan ada sedikit kesilapan teknikal kami semua terpaksa stay sampai pukul 6.00am...pastu baru naik bilik..tapi kak ros n sabry dah naik bilik dulu sebelum aku n faizal sbb diorg dah sampai terbaring2 dekat kerusi ballroom tu..awal pun dalam 1/2 jam je sebelum kitaorg naik bilik. bila dah semua ok baru aku naik biik iron blazer n baju kurung..dok kejap tgk tv sambil minum juice buah...pastu kak ros pun bangun..sebenarnya aku tak berani nak tido takut tak terjaga..sbb pukul 7.30am ada raptai..huhu...sib baik tak ngantuk sbb dah overdose tahap mengantuk aku...tapi masa kak ros nak mandi aku amik peluang nak selimut jugak dengan selimut hotel yg empuk tu..nak jugak merasa tido hotel walaupun x sampai 20 minit aku tido..pastu kak ros kejutkan aku lepas dia siap mandi...mahal tu.. company byr untuk 2 bilik tu...

program berjalan dengan jayanya walaupun ada sedikit kecacatan pada backdrop berkenaan..tapi dengan adanya lampu, gimmick etc..membuatkan benda yg cacat tu tak jelas kelihatan...so everything goes smooth. Alhamdullillah..semuanya ok.

lepas event kami semua bertolak balik...kitaorg pura2 sembang dgn faizal..sbb dia yg memandu..dan dia pun x tido semalaman..kitaorg layan jer...jadi mcm2 topik keluar..sbb nak bagi dia tak ngantuk..akhirnya sampai juga kat ofis..aku punya la ngantuk bila sampai ofis dlm pukul 1.00pm..sampaikan aku tutup pintu bilik aku..dan apa lagi tido la kejap...terkejut aku bila phone aku bunyi..rupa-rupanya meena yg call...dah leh cover sikit ngantuk aku, aku pun keja mcm biasa sampai balik.

balik rumah aku da tak boleh nak berbual ngan abg aku dah..aku tido pukul 8.30pm lepas mandi n makan...zzzzzzzzz..alamak gambar launching lupa bawa balik la pulak ermm...

Sunday, April 25, 2010

It's my birthday....

Tidak ada apa yang hendak aku katakan pada malam ni melainkan merekodkan apa yang terserlah pada minggu lepas. Yang pertama sekali tentulah hadiah hari jadi aku..13/4/2010. Orang first yang beri hadiah kepada aku mestilah my hubby yang tersayang. Yang kedua aku dapat hadiah dari bos aku Puan Hamiza..terima kasih la ingat jugak kat aku nih....jeng..jeng ..jeng...sila rujuk hadiah seperti dibawah..aku sukaaaa sangat buku nih...my fav. macam tau jer bos aku ni...aku mmg suka resepi2 yg simple2 dan menarik. Berpuluh2 kali aku membelek buku nih...haha.



Ok dah setel citer pasal buku...tetiba teringat buah asam renda..pokok ni aku tak pernah tengok dimana-mana tempat pun kecuali di kampung aku ..cuma ada dekat rumah tok yam (rumah dia di kaki bukit kat umah aku di penang nun)...ingat asam renda..buah dia kaler merah yg sgt menarik..tapi masam dia jgn la cakap..dah masam ada getah2 plak tu..aku dulu kalu nak makan mintak dgn tok yam (haha aku panggil kak yam) padahai makcik tu lebih tua daripada mak aku...aku pun tak tau buah tu ada ka dak lagi masa la ni...untuk paparan aku abadikan gambar asam renda yang menawan itu di blog aku.

Monday, April 12, 2010

12 April Appointment....

hospital lagi...

Erm hari ni half day sebelah petang sbb pergi ke hospital serdang o&g check semua menda. Sebelum balik aku bertungkus lumus settlekan report for promotion & ads IGEM utk hantar pada management. Letter of award pun aku buat tergesa2..so lebih baik besok aku teliti semua yg telah ku buat tu betul2 sebelum aku submit.

Abg sampai dekat PTM tepat pada masanya..then aku cepat2 keluar takut nanti lambat pulak. Sampai hospital pun tepat2 pukul 2.00pm. lepas byr yuran..seperti biasa nurse akan check berat n tekanan darah..tunggu kejap.pastu giliran aku pun dipanggil. doc terus suruh aku masuk bilik scan..pastu doc tanya semua menda..aku story yg aku dah keluar darah yg byk dan berketul2..masa tu mmg sakit la...sampai aku mkn ponstan..aku start describe details semua menda yg keluar..then doc ckp dah gugur semua..scan dah jadi rutin dah...dia scan rahim atas bawah..dah nipis, seluk dlm dah tutup pun..jadi mcm dah ok..cuma dia pantau lagi..doc cuma nak pastikan darah dah turun semua..Doc cakap kalau demam, sakit perut yg teruk, or darah yg keluar berbau busuk cepat2 rujuk ke hospital.. pastu doc tanya darah keluar byk lagi ker..then aku ckp dah sikit..dia kata ok...pergi amik darah utk tengok level..

Aku dengar je nasihat doctor..diorg lebih arif dlm hal ni. doc amik darah utk tgk dah kembali normal ke x keadaan aku...so that's for next week result..the next appointment is on 20/4/2010 pm.

kakak dan kakak iparku dtg melawat

Malam ahad..kak baiyah and famili dtg menjenguk aku...caring sungguh famili aku nih...siap bawa batu tungku lagi..erm tima kasih la pada semua..

kakak aku pun dtg malam sabtu..tapi aku sorang je kat umah..abg meniaga...dlm kul 11.00 kakak dan abg wan balik..kakak aku pun caring kat aku siap bawak bilis, udang kering dan kuali comel yg aku pesan..hihi..tima kasih pada semua sekali lagi..

Malam...

Cik abg mengadap bola je mlm ni...n.9 vs kedah (ulangan). Aku plak layan internet...selepas permintaan teh tariknya dipenuhi...dia dah x hirau apa dah...rasanya bom meletup pun dia buat dek je...

Malam ni tak de pe yg special pun..mkn pun makanan org sakit..abg pun pulun sekali makanan aku iaitu bilis goreng dgn halia n lada hitam..bawang putih goreng tanpa minyak..kami makan berdua..hihi.."sedapnyaar"...abg ckp..yolah tu...apa pun I love u lah abg...

Pukul 12.01mlm nanti hari jadi aku..hihi..adik aku jan dah siap2 wish dah kat aku..pukul 3.00ptg tadi...abg plak bagi hadiah special gilo...(rahsia la)..memang technical punya barang..apa pun tengkiu so much lah abg...i love u lah..

Thursday, April 8, 2010

Belum rezeki....


Aku disahkan positive pregnant bulan lepas. Happy la jugak..tapi tak la over sgt..tapi dlm hati mmg ada satu perasaan yg x dapat diluahkan dengan kata2. Cik abg pun pura2 control ayu..mcm hepi sikit..pastu hepi byk..pastu kontrol2...hehe..aku tau abg teramatlah hepi. Tapi hepi tu tak bertahan lama pun...Aku ingat lagi hari sabtu tu aku ikut abg aku meniaga dekat maeps dari pukul 3.00ptg sampai la nak dekat pukul 1.00 pagi..penat??..tak penat pun aku temankan cik abg je..bukan nya buat apa pun..aku yg berjalan2 tgk org lain meniaga sambil beli belah...time tu mmg aku x tau pun aku pregnant. Balik rumah punyalah pening pale aku ni...apa lagi..sebelum tido aku telan la ubat migraine aku...n zzzzz..

Besok pagi bangun tak hilang lagi pening tu...pastu aku makan ponstan plak...pastu ok..x pening lagi..pastu start pada petang tu aku dah start discharge brownish sikit2...aku risau gak...beli upt check2 rupanya +ve..abg bawak le aku pi klinik az-zahrah lepas balik keja..+ve gak bila wat test kat sana..tapi agak samar2.

Start pada tu, discharge tu dah mcm nak heavy..aku risau bila tau pregnant n at the same time aku bleeding..then aku rujuk o&g dekat hospital pakar..serdang. diaorg pun test mengetest mcm tu jugak..amik darah, scan atas bawah..n diorg mintak dtg lagi..amik darah lagi pada hari berikutnya..sebelum balik doc kata kalau sakit perut or sakit bahu cepat2 dtg balik..dia ckp dia suspek ectopic pregnancy..

Sabtu pagi lepas..masa dok tgh sarapan dgn abg..sakit perut bukan sikit2 punya..tak bleh bergerak langsung..sakit gilo..abg apa lagi..bawak aku terus pergi serdang..masuk emergency wad..sbb bleeding + sakit perut + pregnant..kat sana diorg tempatkan aku dekat katil sementara n masukkan air. pastu diaorg ckp doc diorg oncall doc o&g..lepas check dr o&g kata baby dah turun ke pintu rahim...dalam hati aku dah redha..tak terckp apa pun..abg kat luar lagi...lepas tu doc ckp be ready..(akan gugur)..so abg dtg dekat katil aku, then aku cerita dekat dia semua menda...dia ckp x pe..bukan rezeki kita..abg ckp yg penting aku selamat semua..petang sebelum pukul 7.00pm aku dah discharge dari hospital serdang...darah time tu turun sikit2 je..

on tuesday aku dtg kerja..tiba2 keluar menda mcm besar sikit..mcm sotong kaler putih campur2 darah..pastu keluar ketul lagi..pastu diikuti dgn darah yg byk..muka aku agak pucat time tu..aku kol abg, abg kata takpe..biar dia keluar dgn sendiri..sbb doc kata kalau next appointment (monday 12/4/2010) x keluar dia akan buat d&c. Alhamdullillah aku rasa mcm byk ketul2 keluar..

Sekarang ni aku tgh berpantang la sikit..tapi aku datang keja jugak...adik na kata "apala kak ni mc ja la"..aku kata x boleh ada benda urgent aku kena setelkan. Mlm2 dok kena boh minyak angin la, mandi air panas, pakai stoking n dapat mkn bilis goreng + bawang putih + halia..

Bila aku jadi mcm ni..abg lah yg byk bantu aku...terima kasih byk2. Peristiwa ni membuatkan abg aku lebih menyayangiku..mungkin dia juga merasai kesedihan dan kesakitan yg kulalui...

Sunday, March 21, 2010

Telur masin homemade


Bahan-bahan ( 5-10 )

10 biji telur
1/2 kg garam
air secukupnya

Cara-cara

Caranya
1.Bersihkan telur & jemur seharian
2.Masak air garam sehingga garam larut.
3.Sejukkan.
4.Susun telur dalam bekas tertutup kemudian masuk air garam yg sudah sejuk. Pastikan telur tenggelam di dlm air garam.
5.Tutup bekas & letakkan ditepi.
6.Selepas 2 @ 3 mgg bolehlah try rebus. Kalau dah masin boleh angkat semua yg lain, simpan dlm peti ais. Air garamnya boleh diguna utk jeruk telur baru.

Source: sya anur myresepi.

* dulukan penah cuba buat telur masin yg mak lang bagi masa zaman2 blajar kat uitm dulu..kat umah sewa seksyen 8..tapi x jadi..lebih dahsyat lagi telur asin yg saya buat tu meletup mcm bom..haha..sampai teperanjat azi..nantilah kalau rajin saya nak cuba resepi kat atas nih.

Thursday, February 18, 2010

Pesanan untuk muslimah

Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:

ANAKKU!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.



source: tmn2syurga

Wednesday, February 10, 2010

ALLAH IS GREAT !!!!!!!!!!!! !!!!!!!!! Kisah Air Masin & Air Tawar

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery ' pasti
kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu ' lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur ' an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur ' an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur ' an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.









Thursday, January 14, 2010

Memory di UiTM

Tiba2 teringat kawan2 lama aku dekat UiTM...huhu sedihnya tengok gambar2 lama nih..time2 ni seronoknya belajar, berkawan2, bepersatuan..tak yah pikir apa pun kecuali belajar je rajin-rajin...dengar nasihat mak dan ayah, jaga diri peribadi, beramai2 pergi terawih..wah bestnya...life is so simple (for that time), cukup masa cuti semester..balik kampung beramai2 naik bas..uish syahdunya...happy is the best word to describe my life dulu...

Dalam kelas Encik Sidek Subject Oral History



Dalam kelas puan Aliza ismail, Subject Records Management



Majlis perpisahan PM22 Group B di tasik Shah Alam (me..kain kotak2 tudung kuning)



Surau dekat Bangunan UMNO, Shah Alam




Majlis Perpisah Faculty Information Studies, PM20, PM21, PM22, PM23 (Semester 6, Bluewave Hotel, Shah Alam



Bersama kawan2 (me.baju pink)



degree graduation day...(me.. yg kiri sekali)

Tiram lagi...


Ha ha..ni pasal tiram lagi..aritu dah cerita tiram...kali ni tiram yg dah kami bukak...kami katoq (ketuk) tiram ni masa kat umah penang sana nun...jadi bawak balik KL yg dah dibuka. Meh la tengok rupa tiram yg dah dibuka...tiram ni pun dah selesai dah..hikhik..Macam2 cara masakan tiram nih..ikut suka hati kitalah nak masak style apa. Tapi kalu dah biasa makan mentah..ermmm masak punya dah x best...
famili aku memang dah biasa dengan makanan nih..Ayah aku la yg bersusah payah cari tiram ni di laut dengan dikjan..tengkiu ayah..aku tau la bukan senang nak amik tiram nih...selain tiram ayah juga bawa balik ketam dan siput hijau (siput yg dok dlm pasir) siput hijau aku terlupa nak makan...kerang, siput sudu, kepah habis rakyat-rakyat jelata yg makan..first rebus pun aku tak sempat nak makan, second rebus pun sekelip mata lesap..huhu...x pa lain kali aku yg akan bersila dulu makan siput2 tu...hihih.

ketam & siput hijau...

Thursday, January 7, 2010

Kurus dengan cara murah

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
Gambar ABY BAIZURA HARUN



Dr. Mahathir Mohamed dan isteri, Dr. Nurhalinaazly Minhat berjaya menguruskan badan setelah menjalani program ciptaan mereka.
--------------------------------------------------------------------------------
Perubahan gaya hidup penting dalam mencapai impian untuk kurus secara berkesan dengan cara yang paling murah.

Baik dari segi pemakanan dan amalan senaman harus diberi keutamaan kerana inilah yang menyumbang kepada pengurangan berat badan yang diinginkan.

Jangan sesekali kembali kepada gaya hidup yang lama apabila telah mencapai berat impian kerana ia bakal mengecewakan kita semula.

Untuk mengetahui sama ada seseorang itu terlebih berat badan atau berat yang ideal untuknya, pertama, timbang berat badan dalam kilogram, kemudian ukur tinggi dalam meter. Kira Indeks Jisim Badan (BMI) dengan membahagikan berat (kilogram) dengan tinggi (m2).

BMI bagi individu normal harus kurang daripada 25. Sebaliknya, jika BMI 25 hingga 30 bermakna individu tersebut terlebih berat dan memerlukan diet dan senaman. Manakala BMI lebih daripada 30 ialah obesiti.

Perunding masalah berat badan, Dr. Mahathir Mohamed berkata, ukuran BMI penting dalam mendapatkan sasaran jumlah berat badan ideal bagi seseorang yang mengalami masalah berat berlebihan dan ingin memulakan sebarang program diet atau menguruskan badan.

Katanya, setelah tahu apakah berat badan ideal yang ingin dicapai, maka ujian darah harus dilakukan.

Ini bagi mendapatkan profil mengenai kandungan darah, fungsi buah pinggang atau ginjal, fungsi hati, kolestrol, kandungan gula dalam darah semasa berpuasa dan analisis air kencing.

''Ujian hormon turut akan dilakukan kerana ketidakseimbangan hormon juga berkemungkinan boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan ketidakupayaan untuk mengurangkan berat badan.

"Selalunya pakar menentukan ujian hormon yang perlu diambil oleh seseorang bergantung kepada sejarah dan ujian fizikal.

''Ujian profail hormon tiroid sebagai contoh, penting bagi mengetahui ketidakcukupan fungsi tiroid yang menyebabkan kenaikan berat badan.

"Hormon lain yang memain peranan dalam pengurangan berat badan dan pengekalan termasuklah hormon tumbesaran, DHEA, estrogen, progesteron, testosteron, kortisol, insulin, leptin dan ghrelin,'' katanya ditemui di Klinik Mempermuda Kulit dan Anti Penuaan, Timeless, di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Menurut Dr. Mahathir, kekurangan hormon perlu diganti bagi mendapatkan tahap yang optimum bagi memastikan kejayaan.

''Satu lagi yang menentukan kejayaan pengurusan berat badan ialah diet. Diet mudah yang perlu diikuti ialah menghapuskan pengambilan gula, makanan manis termasuk coklat.

"Setiap kali membeli makanan baca dulu label tentang kandungan bahannya. Jika ada kandungan gula di dalamnya, dinasihatkan tidak membelinya dan setiap makanan harus mempunyai ketiga-tiga kumpulan makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak.

''Dapatkan glycemic yang rendah daripada buah-buahan seperti epal, pir, jambu batu, aprikot dan kiwi, sayur-sayuran dan kekacang.

''Sebaliknya, ambil protein daripada ikan, ayam, daging, telur dan taufu. Lemak yang baik pula daripada minyak zaitun manakala omega-3 pula boleh diperoleh daripada minyak ikan dan minyak kelapa dara yang mengandungi medium chain triglycerides,'' jelasnya yang turut mengalami penurunan berat badan dari 104 kilogram ke 80 kilogram manakala isterinya turun dari 68 kilogram ke 55 kilogram setelah mengubah cara hidup dan mengikuti program yang dicipta olehnya.

Menurut Dr. Mahathir, diet yang sesuai ialah diet yang berkalori rendah. Sebagai contoh, program 500 hingga 800 kalori yang lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh badan untuk bertenaga dan sihat.

Dua minggu fasa intensif

Minum pagi: Mihun sup dicampur dengan ayam, bebola ikan dan sayur. Kurangkan mi sebanyak satu mangkuk sahaja. Minum air kosong.

Makan tengah hari: Sup ayam yang mengandungi protein, lemak dan vitamin) dicampur dengan air (kira-kira 250 kalori)

Makan malam: Tom yam, banyakkan sayur
.

''Ingat, minum banyak air kerana banyak orang menyangkakan mereka lapar tetapi sebenarnya mereka hanya dahaga. Selepas minum, anda tidak lagi lapar. Selain itu, ia membuatkan anda hidrasi dan mengeluarkan toksin di dalam usus.

''Dicadangkan mengambil multivitamin yang kaya dengan chromium, selenium, zink dan vitamin E bagi memperoleh nutrisi yang lengkap.

''Selepas dua minggu, anda akan mendapat tenaga baru dan berat badan anda berkurangan,'' katanya yang mula sedar untuk menguruskan badan setelah kehilangan ahli keluarga pada usia akibat sakit jantung.

Tambahnya, langkah kedua, anda kini boleh makan dua kali iaitu sarapan pagi dan makan tengah hari tetapi tanpa gula, tinggi protein yang diperoleh daripada sayuran dan glycemic rendah daripada buah-buahan.

Selalunya, orang Malaysia pasti akan merindui nasi. Namun, anda boleh menggunakan beras glycemic rendah seperti basmathi.

''Nasihat saya untuk mengambil suku pinggan sahaja nasi manakala yang lain dipenuhi dengan sayur-sayuran, ikan atau ayam. Anda boleh mengambil satu buah-buahan glycemic rendah setiap kali makan seperti epal. Juga, makan ayam tanpa kulit.

''Ambil penggantian makanan berat untuk makan malam seperti sup supaya perut anda tidak bekerja keras semasa anda tidur,'' katanya.

Pada masa ini mulalah melakukan senaman untuk membina otot. Senaman Tabata adalah sesuai pada tahap ini. Berenang juga adalah senaman yang boleh mengurangkan berat badan, menguatkan kardio dan ketahanan badan.

''Ingat, anda seharusnya mengurangkan lemak dan otot-otot semasa fasa pertama dan inilah masanya untuk menggantikan otot tersebut. Anda tidak akan mahu kulit yang melendut di tubuh.

''Lakukan perkara yang sama pada tahap kedua sehingga anda gembira dengan berat anda. Ini mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan tetapi diingatkan jangan cepat sangat turun kerana anda perlu membina otot dan mengelakkannya daripada melendut. Jika hanya turun 5 kilogram, anda telah menambah lima hingga lapan tahun usia hidup yang sihat,'' ujarnya.

Selepas tiga hingga empat minggu di tahap kedua, fizikal aktiviti anda meningkat, bolehlah makan snek yang merupakan buah-buahan glycemic rendah antara pukul 11 pagi dan 4 petang untuk menstabilkan gula dalam darah dan hormon.

Apabila berat badan yang diidamkan telah diperoleh, kekalkan dengan pelan makanan sihat yang sedia ada dan teruskan senaman. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, hubungi 03-78808486.

Source: Utusan Malaysia

Saturday, January 2, 2010

Selamat Tahun Baru 2010



Selamat tahun baru 2010 aku ucapkan pada semua...Berusaha lebih gigih untuk tahun baru ini....

Blog sebagai rujukan dan kenangan (coretan untuk anak-anakku yang disayangi)

 28 Oktober 2024 - Happy Belated Birthday Adik...Hari jadi anak yang terpaling bongsu..happynya dia..Annis Azzahra dah 9 tahun, dah besar ad...