flipkart

Tuesday, December 29, 2009

Cuti Christmas & Perkahwinan Abangku di Penang

Ni story pasal cuti minggu lepas.. abis keja pada 24/12 hari khamis..aku, abg n dikna terus pi taman serdang sbb nak beli bunga, sapu tangan, and 2 3 barang yg x dak lagi..lepas abis semua..terus pi makan n balik umah...balik umah terus packing barang2 utk balik penang..cik abg plak tido sbb dia nak memandu. Pukul 12.30 pagi kami bertolak untuk jumpa abg wan di jalan duta...adik aku shahida naik keta dengan kami...lepas tu apa lagi aku tidoo la..tinggal abg, dikna and adik shahida dok sembang dengan abg aku. ok lah tu kan ada gak org temankan dia..

sampai penang pukul 7.00 ++..bermulalah episod mengemas rumah yg tahap agak dahsyat tu..almaklumlah x dak org yg nak mengemas. lepas setel kemas rumah..relaks jap. malam tu start buat hantaran abg ee..aku n dikna wat hantaran tu sampai pukul 5.30 pagi non-stop..cuma tinggal sirih, halwa n puding je x wat lagi..dan kami decide nak wat pagi ahad...ni lah hantaran yg aku n dikna dah wat utk abg kami...balun ja lah ..ngehngeh...alamak gambar bukan dlm camera aku plak..dlm camera adik aku..



Dari kiri cik abg aku, ayah, abg e, kak ina, ana, ajis n najwa, abg wan - duduk dari kiri, aku, shahida, syamira, dikna and kak za.

Ni gambar satu family aku except adik lelaki aku ijan..heee sbb dia ada football game.

Alhamdulillah..semuanya selamat..dah kawin pun abang aku yg sorang tu..Selamat pengantin baru abg ea dan kak ina. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. aminn ya rabbal alamin...

Tiram yg lazat...(makan mentah ye...ada berani..)

Sebelum hari perkahwinan abg aku, ayah aku pi kelaut cari tiram dgn adik jan..ni ha gambar tiram-tiram pilihan, wah..kitaorg suka makan tiram..marbeles..hihi..ni gambar tiram yg belum dibukak.



Abg mengasuh najwa....

Time ni aku terpaksa teman abg e makan beradab. jadi mulanya aku cari ayah ke, kak za ka...tup2 cik abg aku kata "yang le makan.." maknanya aku le yg akan teman ajis n abg e makan ditempat makan pengantin..bila dah abg ckp cam tu..aku x byk soal dah..aku terus je naik...aku tgk rombongan lelaki dok makan sama kat bawah...aik mana cik abg aku..x nampak pun..tgk2 nun jauh di hujung khemah tu dia dok tgh mengasuh najwa..patut la mak si najwa dapat bersosial sekejap...rupanya najwa dijaga oleh pak jang dia jap..heee. ...najwa sebut puting dia " ting..ting..." jadi kami semua pun ikut sebut "ting..ting" heeee.
ala x leh la plak nak upload gambar...hek dah bulih dah

untuk tatapan.. ni gambar najwa n abg



Friday, December 18, 2009

bercuti di umah kak dah

lepas keluaq umah,ayh antaq kami ke bus stop.abg ijan pun ikut sama.tunggu bas x sampai-sampai.punya lambat bus rapid ,kata rapid tapi lambat jugak.last skali paksu antaq.kami naik bus bukit.sampai kat sungai nibong kakna p beli tiket.tiket dpt kul 5setengah.punyaaaaaaaaa la lama tunggu pada kul 2 sampai kul 5.

naik bas.............
bab ni yg best skali, buleh tidoq....best nya...hihihi.sejuk gilaaaaa buleh beku 0oo.slamat ada baju sejuk.bab nie x leh cita banyak sebab manyakkk ..tidoq.....hehehe....sampai kat puduraya kakdah ngan abg mie dh tunggu jadi............sambung esok laaaa.nk tengok gmbar air force one...........

Monday, December 14, 2009

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

source: mysimplestory.wordpress

Petua kuruskan badan tanpa Ubat

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

source: mysimplestory.wordpress

6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

source: tmn2syurga

Thursday, December 3, 2009

Abnormal Sperm Morphology

By:
Mark Perloe


Question :
My husband went for a semen analysis and the result showed that the morphology was 90 percent abnormal. Is this something you are born with, or does it have to do with a healthy diet or cigarette smoking?

Toni

Answer :
Morphology refers to the shape and structure of the sperm. A normal-looking sperm has an oval head and a tail seven to 15 times longer than the head. On a semen analysis, in which we look at sperm under the microscope, we can identify defective sperm by their large heads or strange tails -- kinked, doubled, or coiled.

The World Health Organization says good quality semen should contain 60 percent normal sperm morphology. (A closer evaluation called a strict morphology, or Kruger morphology, is more time-consuming and usually predicts normal sperm function when more than 15 percent are normal.) That means that a semen sample can include up to 40 percent abnormal sperm and still be considered fine.

All men produce some abnormal sperm. The reason is not known, but considering the rate at which a man's production line operates -- 10 million to 50 million new sperm per day -- some "factory seconds" should be expected. We do know that toxins such as lead have been linked to reduced motility (swimming ability), cigarette smoke to abnormal morphology, organic solvents to coiled tails, and excessive scrotal heat to coiled tails in animal sperm. When you lower your exposure to these agents, abnormal morphology levels usually decrease. I remember one man with a high level of abnormal sperm who transferred to a different job at his company so he could avoid exposure to heat from a blast furnace. He also began taking 1,000mg of vitamin C each day. Within a few months his sperm motility and morphology showed definite improvement.

Source: yourtotalhealth.ivillage.com

Tuesday, December 1, 2009

The Qualities if a Good Leader

The Qualities of a Good Leader

To be a good leader means that you can inspire others to follow your example,
willingly and cheerfully. A good leader will both inspire confidence and give a
strong example of what we should aim for. These are the characteristics of a
good leader.

Lead by example: If you wish your workforce to be hard working and diligent,
it is important that you live up to your own ideals. There is a saying "I would
never ask anybody to do something I wouldn't do myself". If your workforce
see you arriving late and being unprofessional, it will make it much more
difficult for them to follow your advice.

Humility: To lead we need to encourage others to act in a certain way. However,
if we try to lead through our inflated ego people will not respect us. Rather than
stressing your self, try to lead through stressing certain principles. People will be much more willing to follow a leader who embodies humility.

Appreciate your Co Workers: To be a good leader, you cannot underestimate the
importance of offering gratitude to those who are trying hard to do the right thing.
If people get appreciation then it will definitely encourage them to continue doing
the right thing. At the same time, our appreciation should be sincere. We should
not flatter but look for something good a person has done.

Have a Clear vision: Often to lead you will need to overcome the resistance to change.
If people have been doing something for a long time then they have an instinctive
aversion to implementing new ideas. To introduce a new way of doing things you
have to have the confidence and belief in the new way. People will definitely pick
up on the belief that you have in your own vision.

Avoid arguments: If people criticize your approach, often the best thing to do is
not get involved in arguments. You can listen to their criticism politely and thank
them for their concern, but often the best approach is just to focus on the new
approach; look forward and don't feel the need to defend yourself. This gives your
vision certain nobility.

Listen to others: A good leader should try to feel part of his team rather than
superior, if you listen to others, they will definitely appreciate it. Often you may
find that your workers have good ideas that you can incorporate. Even if they
have unworkable ideas, it is still worth giving the impression you value their
opinions, even if they are not used.

Create a positive atmosphere: If you try to lead through creating a climate of
fear, or competition, you will undoubtedly create problems. If you can lead whilst
maintaining a positive attitude, it will definitely bear fruits in the long run.

Don't take yourself too seriously: There is no harm in admitting you can be
wrong, or making a joke at your own expense. People will appreciate a leader
who can admit a mistake it is after all a human quality. But, just don't make
a habit of it.

Source: Tmn2syurga

Bantuan Kecemasan Untuk Pesakit Stroke / Angin Akhmar

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada
di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan
merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angina ahmar yang
boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini
diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan
mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakanrakan
anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.

Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya
dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh
diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.
Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar
lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan
untuk pesakit angin ahmar.

Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan
sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak
mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari
masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda
melakukannya sendiri.

Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya
menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru
terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan
bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke
tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di
otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya
tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.

Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju
yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan
berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya,
seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah
jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan
setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.

Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian
cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah.
Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula.

Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.
Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital
secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa
pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini
berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun
dia mampu berjalan semula.

”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang
doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu
saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah
berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi
”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai-
Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu,
penyelia kami diserang angin ahmar!.”

Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu-
Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan
angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi
dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah,
(setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan
dan dia membuka matanya.

Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk
mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua
telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya
kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh
panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah.

Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas
di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar.
Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam
perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar
adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan
umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.

Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika
semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya
segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan
izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan
kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak
tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG
BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.

DITERBITKAN OLEH : URUSETIA AMAL KEMASEK
PT758 TINGKAT 1, BANGUNAN SEDC, KEMASEK 24200 KEMAMAN, TERENGGANU D.IMAN
TEL: 09-8662230 FAX: 09-8662231 EMAIL: info@amalmalaysia.net