Sunday, May 2, 2010

KURANGKAN TEKANAN KERJA CARA ISLAM

Sepanjang mengharungi perjalanan hidup,manusia tidak dapat lari dari dugaan.Dugaan yang datang ada kalanya memberi tekanan pada jiwa dan pastinya mengganggu rutin harian kita.Sebagai muslimah yang berkerjaya,tekanan kerja adalah perkara normal.Jika gagal dikawal,dibimbangi perasaan itu boleh menjejaskan hubungan dalam keluarga.
Bagaimanapun,Islam ada cara penyelesaiannya.Semoga dapat dipraktikkan agar jiwa kembali tenang ,setenang air yang mengalir.

1. PASTIKAN KITA SENTIASA DALAM KEADAAN BERWUDUK

Orang yang berwuduk akan mendapat ketenangan sepanjang hari bekerja.Bagi yang perlu bercakap di hadapan orangramai,dengan adanya air wuduk,kita akan merasa lebih segar,tenang dan tidak mudah hilang ingatan.

2. RAJIN TUNAI SOLAT SUNAT

Solat adalah kewajipan yang jelas perlu dilaksanakan.Ada baiknya kita melakukan solat-solat sunat bagi menambah pahala kerana dengan melakukan solat,jiwa kita akan tenang.

3. JADIKAN ALQUR'AN SEBAGAI TEMAN

Memandangkan kita bekerja,masa yang sesuai membaca AlQur'an ialah setiap kali selepas solat,waktu rehat atau sebelum tidur.Dengan mendekatkan diri kepada Allah,jiwa kita akan tenang dan mendapat kekuatan mengharungi sebarang dugaan.

4. SENTIASA INGAT ALLAH SENTIASA BERSAMA

Bersangka baiklah dengan Allah.Segala ketentuan Allah itu ada hikmah tersembunyi yang tidak kita ketahui.Tekanan yang kita hadapi adalah ujian yang mampu memberi kekuatan jika dapat diatasi.
Firman Allah swt:
Dia ada bersama kamu di mana saja kamu berada,dan Allah melihat dengan terang apa yang kamu perbuat" (Al-Hadid:4)

5. SERING BERDOA KEPADA ALLAH

Hanya kepada Allah jualah tempat kita memohon pertolongan.Allah Maha Mendengar yang akan mengabulkan permintaan hambaNya jika dilakukan bersungguh-sungguh dan benar-benar ikhlas.Bagaimanapun,sayugia diingatkan bahawa usaha juga perlu untuk mencapai apa yang kita kehendaki.
Firman Allah swt:
"Dan mohonlah kepadaKu,nescaya aku memperkenankan permohonan kamu."(Al Mukmin:60)

6. MENANGIS
Menyimpan perasaan tidak puas hati tanpa ada usaha untuk meluahkannya,akan menyebabkan tekanan menjadi lebih serius.Kita boleh luahkan rasa tidak puas hati itu di atas kertas ataupun menangis.Percayalah,anda akan rasa lebih lega setelah berbuat demikian.

7. DIET DAN DISIPLIN YANG TINGGI

Tekanan di tempat kerja juga boleh berpunca dari diet yang tidak seimbang.Kegagalan mengawal diet menjuruskan diri anda kepada pelbagai penyakit dan masalah kegemukan.
Sabda Rasulullah saw:
Jangan kamu bunuh hati dengan banyak makan dan minum kerana hati itu seperti tumbuhan,ia akan mati apabila air terlalu banyak.

8. BERSUKAN BERSAMA KELUARGA

Ia merupakan riadah yang dapat mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan diri.hakikatnya dengan bersenam kita dapat melupakan seketika masalah dan tekanan yang dihadapi.Masa yang diluangkan bersama keluarga juga turut membantu mmengurangkan tekanan bekerja.

Diharap tips-tips di atas dapat dijadikan panduan oleh teman-teman dan peringatan buat diri yang serba kekurangan ini.



source: mazidah-puterikusayang blog

No comments:

Post a Comment

Blog sebagai rujukan dan kenangan (coretan untuk anak-anakku yang disayangi)

 28 Oktober 2024 - Happy Belated Birthday Adik...Hari jadi anak yang terpaling bongsu..happynya dia..Annis Azzahra dah 9 tahun, dah besar ad...