flipkart

Wednesday, November 23, 2011

Today I am Speechless

Apa taknyer something was happening affected indirectly in my life..nak cakap more pun tak boleh so lebih baik aku mendiamkan dirikan...in others word diam jer...huhu...what's the life???

Tuesday, November 22, 2011

Sigh is frustation without words...

After long time did'nt update my blog today macam buang 'tabiat' gatal all my fingers nak update. For this entry just to show about my feeling about my life...sigh sigh sigh...do not mengeluh like that tak baik..but what should i do, you cannot says anything, you just can see, smile, sometimes buat jokes, pretending nothing happened, absord all the stuff into your life and who knows what is hapenning inside your body/heart..its hurt ..very hurt..that is my feeling right now...

For the last 4 months i faced with miscarriage again!!..for second time..OMG..frust jangan cakaplah...sedih a lots. Tak perlulah nak cakap yang selebihnya..masuk emergency room pun punya lama tunggu dari sakit yg amat terus tak sakit..i motivate diri sendiri utk tabah to faced semua ni...Allah tahu apa yang terbaik untuk diriku...you have to be strong ok...(bercakap dengan diri sendiri..boleh pulak macam tu)

I always think about the flow of my life included my carier...ermm, I think right now i need something like green place, ada sungai, or laut or maybe siput, just wanna see bukit, batu or berkelah kat mana-mana...maybe kalau tak ada benda-benda tu semua maybe can tengok itik ke, ikan..or something like that..pleaseeee....

Im so tired with all benda-benda yang selalu I tengok..maybe..

Saturday, August 6, 2011

Carrot cheese cake ordered by Kak Lin and kek kelapa pelangi for my sister

Jumaat semalam kak lin order carrot cheese cake untuk makan2 dengan famili dia...erm harap2 kak lin sukalah ye carrot cake tu...terima kasih kak lin...enjoy the cake..


kek yg sebelum ditabur parutan coklat..


pastu promise dengan adik shahida pulak nak wat kek utk dia...tadaa kek kelapa tp aku yg dok mkn..bawak utk officemate sikit..n aku pun dok makan sekali..nampaknya mcm kena wat kek yg baru jer lah utk adik nanti...


lepas dipotong...inside got color2 gitu...next time no more red, may be just put green and pandan paste...kek ni sgt gebu n x manis..lemak plak tu...delicious


the cake was topped by choc ganache...and make it a very perfect taste...simple, tasteful, n happy...

Saturday, July 30, 2011

Choc Moist Cake


Sempena dengan birthday fida my officemate, aku rasa macam nak buat choc moist cake untuk dia...and the best things is dia beli semua barang2 yg atas kek tu, oreo dan segala bagai..haha..what ever la fida..asalkan budak kecik bahagia...aku happy, i hope kawan-kawan aku pun hepi..the cake is for happy person right??...


I was so happy to play with my nozzle for that decoration..hilang stress keje dpt buat mende2 nih semua...what a beautiful creation from Allah related to our feeling...pelikkan dpt buat cake hilang stress...kek tu if perasan akan nampak ada x kemas sikit frosting tepi tu..tu sbb tersangkut something dlm freeze..n mmg dah x leh wat pe dah..apa pun fida..HAPPY BIRTHDAY TO YOU...lalalala..


muka budak besday...happy lah tu..ekekeke control jgn x control...

Mini Fruit Tart


Mini fruit tart ni telah diorder oleh my bos Puan Hamiza and Ray...Harap semua orang suka lah ye fruit tart tu...kesian Ray accident sampai bengkak2 tangan, apa pun tahniah ray dah jadi tunangan org...Puan Hamiza pun tahniah lah dpt menyiapkan bunga yang amat cantik di atas pelamin tu..what a beautiful flower...thanks to both of you with the order.


ni plak utk makan sendiri..hehe

Carrot Cheese Cake untuk potluck office...


Hari tu ade wat pot luck and farewell Hathib di office, everybody was so happy, farewell happy?? hmmm so many things happaned in my office and i was speechless..new transformation, new new and new.. everything..we have to accept it...as a result of the happinest pot luck i came with my carrot cheese cake...laku jugak...thanks to everybody bawa smua makanan masing2 yg amat lazat sehingga tinggal sambal belacan je...tu pun kitaorang tapau sambal belacan tu..heee...di dalam cake ni ade carrot, walnut, pineapple cube, and frosting with cheese...nyummy nyummy....cake yg sama di order oleh Su untuk makan2 bersama family tercinta..thanks Su...

Saturday, April 2, 2011

Tips Mudah Tapi Susah Nak Kuruskan Badan


Semua orang nak kurus dan langsing mcm model...tapi tak ramai yang mampu kurus mcm tu....Diet, pil2 dah try tapi smpai skrg tak de improvement..aku pun kadang-kadang terpengaruh jugak Lagi mencanak naik adalah....So dibwh ni disebutkan tips2 mudah nak kuruskan badan...walaupun kadangkala sukar dak dilaksanakan....heh...heh..hee...

1. Jangan guna jalan pintas(shortcut) yg boleh mendtgkan kesan sampingan cthnya tak makan nasi selama 3 bulan. Nasi adalah karbohidrat yg penting utk memberi tenaga. Karbohidrat, protein & lemak perlu ada dlm makanan seharian tapi perlu seimbang. Cuma kuantititi nasi hendaklah dikurangkan sebaliknya lebihkan makan sayur2an & buah2an segar. Cuba tukar gaya makan anda kpd ‘makan sayur berlaukkan nasi’ dan bukan ‘makan nasi berlaukkan sayur’. Namun diet hanya menyekat makanan/kalori berlebihan tetapi lemak dlm badan perlu dibakar. Jgn percaya pil2, ubat2 kuruskan badan.....kebanyakannya ada side effect....

2.Bersenam: senaman adalah pembakar lemak. Senaman perlu disiplin (minima 20 minit setiap kali, 3 kali seminggu) & jangan berputus asa. Mulakan dgn berjalan pantas atau berjogging atau berbasikal atau berenang bagi mengurangkan impak kepada sendi. Setelah stamina meningkat tambah masa senaman dari 20min ke 30min ke 45min dan seterusnya diselangselikan dgn mengangkat bebanan.hmm…jangan angkat berat2 sangat…ikut kemampuan laa…

3. Banyakkan minum air kosong.

4. Parking kenderaan jauh sikit daripada tempat yg hendak dituju supaya boleh berjalan.

5. Utamakan naik tangga dari naik lif.

6. Kurangkan makan di luar. Masakan sendiri kita boleh kawal garam, lemak dsbnya.

7. Jangan simpan coklat, biskut raya, chekedis, junk food di pejabat (terutama kat drawer tu).

8. Jangan abaikan sarapan pagi, tetapi makan makanan berserat tinggi spt oat.

9. Jangan selalu timbang berat badan tapi guna ukuran seperti seluar dah longgar, boleh pakai jeans dgn selesa dsbnya.

10. Jangan target terlampau tinggi sangat, turun 1kg sebulan adalah lebih sihat berbanding 4kg dlm 1 bulan.

11. Libatkan keluarga dlm proses ini. Senaman bersama keluarga lebih bermakna bagi mengeratkan hubungan.

12. Lepas senaman atau aerobik jangan la pergi makan nasi lemak pulak.

13. Bagitau kawan2 atau keluarga target anda dan catat pencapaian anda dlm diari atau blog atau kat mana2 sajalah.

14. Bagi reward kpd diri sendiri jika target tercapai.

15. Mulakan SEKARANG dan jgn bertangguh2 lagi utk mencapai berat badan yg sihat. Kira BMI anda skrg!

Apapun, jika anda malas atau tiada keazaman yg kuat, tips-tips mudah tersebut pasti terasa susah utk dipraktikkan....... Tapi kalau nak seribu daya kan? Selamat mencuba!

Source: www.ehoza.com

Monday, March 7, 2011

Chocolate Cake



Kek

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/mentega cair
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur

Cara-caranya
Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.

Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.

Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.

Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.


Chocolate Ganache/Topping Coklat

300g cooking chocolate (dipotong kecil-kecil)
100g susu segar
1 sudu besar butter/marjerin


1. sediakan double boiler atas api yang sederhana.
2. panaskan susu sehingga agak berbuih (bukan menggelegak)
3. pilihan: (a) alihkan susu dari dapur. atau (b) tutup api tanpa alihkan susu.
4. masukkan potongan2 kecil cooking chocolate ke dalam susu yang masih panas.
5. kacau hingga chocolate hancur.
6. masukkan butter (untuk membuatkan ganache kelihatan berkilat2 ;D )
7. stage ni, terpulang pada kita untuk menggunakan chocolate ganache pada konsistensi yang cair atau likat.
8. sediakan kek yang rata permukaannya. tuangkan choc. ganache ke atas kek. tuang di bahagian tengah kek. dan choc. ganache akan berselerak dengan sendiri. jika choc. ganache telah keras/likat, boleh sapukan. kemudian, ratakan bahagian tepi kek dengan menggunakan spatula besi. boleh juga taburkan choc. rice atau apa sahaja dekorasi mengikut kesukaan masing2 ;)

Resipi dikongsi oleh Sue_Rans FnR Cari.com

Marble Choc Cheese Cake





Resepi: Marble Choc Cheesecake
Sumber: Fotopage Maklang

Bahan A:
180 g Mentega
20 Serbuk koko (diayak)
170 g gula kastor
3 biji telur
120 g tepung naik sendiri
1 s/ ke baking powder

Bahan B:
250 g cream cheese
60 g gula kastor
1 s/k esen vanilla
1 biji telur

Cara-Cara:
1. Pukul butter & gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
3. Masukkan serbuk koko, tepung dan baking powder yang telah diayak. Gaul rata
4. Dalam bekas yang lain, pukul Bahan2 B hingga kembang
5. Tuang 1 bahagian adunan A ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian, tuangkan semua adunan bahan B dan ratakan. Then tuangkan baki adunan A
6. Bakar dalam oven 160 C selama 60 minit
7. Setelah masak, tunggu hingga betul2 sejuk sebelum dipotong.

Chocolate Indulgence Cake



Chocolate Chiffon

Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

Filling : Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Filling : Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air

Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

*** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.


Cara-cara :

1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.

Source: resepicitarasawan

Red Velvet Cake...02



Bahan-bahan ( 1 biji )

Kek (Sila guna penyukat khas)

2 1/2 cup tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik diayak
2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
1/2 cup butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur pada suhu bilik
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda

Buttermilk
1 cup (240 ml) susu kotak full cream
sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon

Cream cheese frosting
2 buku cream cheese, dilembutkan
1/2 cup butter dilembutkan
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara BUTTERMILK:

campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.

KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.

Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.

Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.

Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.

CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.

Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.

Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

TEPUNG KEK: 1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.



Source: myresepi

Innalillahiwainnailaihirojiuun...

Mak Lang Tersayang...

Petang Jumaat baru-baru ni aku dapat panggilan dari adikku Syamira..dia kata mak lang dah tak dak...ermm..aku tanya bila mak lang meninggal dia kata tak tau...dia kata dlm pukui 12 tghari kot..aku tanya2 rupa2nya (4/3/2011) pukui 4.30pm..erm terlalu banyak kenangan kami adik beradik dengan arwah mak lang...

Aku, abg, dikna, abg wan, kak za berpakat nak balik lepas kami terima berita sedih tu..masa adik aku call aku, aku still kat office lagi...lepas solat maghrib aku amik adik na..then bawak ke rumah aku..pukui 12mlm aku pi amik kakak n abg wan pulak kat rawang...then kami bertolak terus ke Penang..kami naik satu keta ja...jimat sikit.. kami sampai ke penang dalam pukui 6.00 am..masuk restoran kassim minum teh n solat subuh pastu tapau roti canai utk sarapan kat umah ayah..sampai umah dlm pukul 7.00am..ayah baru tidoq selepas berjaga jenazah kat umah mak ngah, jan pun baru tidoq..kak ila n adik baru balik dari umah mak ngah berjaga arwah jugak.

sampai kami sarapan dulu...lepas sarapan terus bergegas ke rumah mak ngah nak tengok arwah mak lang...sampai kami sedekah Al-Fatihah dulu then abg wan bukak penutup kain nak tengok muka mak lang...pastu tutup balik..baru ja 2 minggu lepas kami balik penang, mandikan dia, tolong apa yang patut..tapi time tu pun maklang dah tak boleh bercakap dah..mata ja bulih bukak, makan pun ikut tiub ikut hidung...hari tu aku tengok dia dah tenang ja..macam tidoq ja...aku redha..aku sayang mak lang aku mcm mak aku sendiri...mak lang, pak lang mmg amat rapat dengan family aku dan mak lang dan pak lang amat menyayangi aku..kami2 ni dah jadi mcm anak dia..mkn minum keluar masuk umah dia..dia tak kisah pun...hari tu dia dah tak ada..

aku, kak za, dik na, syamira, shahida dan dini tunggu lagi ..baca surah Yassin untuk arwah...then tengok org2 yg akan menguruskan jenazah yang dtg dari mukim sungai rusa..sbb org mukim sungai pinang pergi buat umrah...pastu aku minta dikna ckp dekat makcik2 yg akan uruskan jenazah mintak izin dengan diorang nak tolong sama mandikan jenazah..pastu diorang benarkan kitaorg tolong sama..jadi aku dan dikna..sama2 tolong makcik2 tu mandikan jenazah maklang...sampai selesai..dan siap dikafankan...lepas cium dia, aku tak dapat menahan kesedihanku..cuba juga control..sama gak dikna tak dapat lagi nak bendung kesedihan atas pemergian dia...last lepas dah sempurna kafan..kak ila pula sedih ..kami sabaqkan dia..jangan sedih..jangan menangis...aku suruh dia baca Al-Fatihah kalau sedih..pastu dia pun tenang..selesai jenazah dibawa ke tanah perkuburan aku dan adik beradikku tak ikut..cuba adik beradik lelaki ja yg ikut.

Kami adik beradik pakat tolong makngah kemas umah dia, basuh2 apa yang patut..sampai setel semua..then balik umah ayah..makan roti cnai tadi pagi yang lebih..pesiang ikan pari, ikan pedukang, ketam, masak pulak gulai, buat sambal (ni kak za yg buat), goreng ikan, buat sayoq kangkung, then tolong kemas rumah ayah keliling umah...bakaq2..bakaq2 sampah yang tebal tu...then basuh baju jan (esok dia nak balik asrama dia), mandi petang, then makan mihun dgn adik2ku yang amat aku sayangi..pastu tengok tv jap..pastu tertidoq sat..mlm tu jugak ayah n abg aku gerak aku...siap2 baju..balik ke KL..aduh letihnya..aku sampai tak boleh bukak mata sepanjang jalan nak balik KL...alhamdullillah kami selamat sampai KL..

Mak Lang pun dah selamat disemadikan..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Amin...Begitu juga dengan ibuku...semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman...Amin...

Hummingbird Cake...


Dah lama dok intai-intai kek yang glemer ni...apa lagi meh kita tengok apa bahan-bahannya...kat malaysia kek ni jarang2 kedengaran..


The ultimate recipe for Hummingbird Cake. Its the most requested recipe in Southern Living magazine history and frequents covered dish dinners all across the South, always receiving rave reviews.


Yield: 16 servings


Ingredients
3 cups all-purpose flour
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon salt
2 cups sugar
1 teaspoon ground cinnamon
3 large eggs, beaten
1 cup vegetable oil
1 1/2 teaspoons vanilla extract
1 (8-ounce) can crushed pineapple, undrained
1 cup chopped pecans
2 cups chopped bananas
Cream Cheese Frosting
1/2 cup chopped pecans

Preparation
Combine first 5 ingredients in a large bowl; add eggs and oil, stirring until dry ingredients are moistened. (Do not beat.) Stir in vanilla, pineapple, 1 cup pecans, and bananas.

Pour batter into three greased and floured 9-inch round cakepans. Bake at 350° for 25 to 30 minutes or until a wooden pick inserted in center comes out clean. Cool in pans on wire racks 10 minutes; remove from pans, and cool completely on wire racks.

Spread Cream Cheese Frosting between layers and on top and sides of cake; sprinkle 1/2 cup chopped pecans on top. Store in refrigerator.

Nutritional Information
Calories: 642
Fat: 34.2g
Cholesterol: 71mg
Sodium: 312mg

Ultimate Southern Living Cookbook, Southern Living, JANUARY 1999
Source: MyRecipes


Cream Cheese Frosting

Yield: 3 cups


Ingredients
1 (8-ounce) package cream cheese, softened
1/2 cup butter or margarine, softened
1 (16-ounce) package powdered sugar, sifted
1 teaspoon vanilla extract
Preparation
Beat cream cheese and butter at medium speed with an electric mixer until smooth. Gradually add powdered sugar, beating at low speed until light and fluffy. Stir in vanilla.

Nutritional Information
Calories:71
Fat:3.6g
Cholesterol:10mg
Sodium:34mg

Sunday, January 30, 2011

Rainbow Cake...

I like it...cantiknyeer



Makes one 9-inch-round six-layer cake

Vegetable shortening
3 cups all-purpose flour
4 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
2 sticks (1 cup) unsalted butter, room temperature
2 1/3 cups sugar
5 large egg whites, room temperature
2 teaspoons pure vanilla extract
1 1/2 cups milk, room temperature
Red, orange, yellow, green, blue, and purple gel food coloring

Frosting
Whipped Cream Frosting:
1 cup (240 ml) heavy whipping cream (35-45% butterfat content)
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1 tablespoon (15 grams) granulated white sugar
(source: http://www.joyofbaking.com)

Directions
Preheat oven to 350 degrees. Brush six 9-inch-round cake pans (or as many 9-inch cake pans as you have, reusing them as necessary) with shortening. Line bottom of each cake pan with parchment paper; brush again and set aside.

In a large bowl, whisk together flour, baking powder and salt; set aside. In the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment, cream together butter and sugar. Slowly add egg whites and mix until well combined. Add vanilla and mix until fully incorporated. Add flour mixture and milk in two alternating additions, beginning with the flour and ending with the milk. Mix until well combined.

Divide batter evenly between six medium bowls. Add enough of each color of food coloring to each bowl, whisking, until desired shade is reached. Transfer each color to an individual cake pan. Transfer to oven and bake until a cake tester inserted into the center of each cake comes out clean, about 15 minutes (working in batches if necessary).

Remove cakes from oven and transfer to a wire rack; let cool for 10 minutes. Invert cakes onto a wire rack; re-invert and let cool completely.

Using a serrated knife, trim tops of cakes to make level. Place four strips of parchment paper around perimeter of a serving plate or lazy Susan. Place the purple layer on the cake plate. Spread a scant 1 cup buttercream filling over the first layer with a small offset spatula so it extends just beyond edges. Repeat process with blue, green, yellow, and orange layers.

Place the remaining red layer on top, bottom-side up. Gently sweep away any loose crumbs with a pastry brush. Using an offset spatula, cover the top and sides with a thin layer of frosting (also use any of the excess frosting visible between the layers). Refrigerate until set, about 30 minutes.
Using an offset spatula, cover cake again with remaining frosting.


(Source: Marthastewart.com: Rainbow Cake)

Red Velvet Cake...

Kek yang anggun...



Makes 16 servings.

INGREDIENT

1/2 cup unsweetened cocoa powder
2 1/2 cups flour
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1 cup (2 sticks) butter, softened
2 cups granulated sugar
4 eggs
1 cup sour cream
1/2 cup milk
1 bottle (1 ounce) McCormick® Red Food Color
2 teaspoons McCormick® Pure Vanilla Extract


Vanilla Cream Cheese Frosting:

1 package (8 ounces) cream cheese, softened
1/4 cup (1/2 stick) butter, softened
2 tablespoons sour cream
2 teaspoons McCormick® Pure Vanilla Extract
1 box (16 ounces) confectioners' sugar

DIRECTIONS

1. Preheat oven to 350°F. Grease and flour 2 (9-inch) round cake pans. Sift flour, cocoa powder, baking soda and salt. Set aside.
2. Beat butter and granulated sugar in large bowl with electric mixer on medium speed 5 minutes or until light and fluffy. Beat in eggs, 1 at a time. Mix in sour cream, milk, food color and vanilla. Gradually beat in flour mixture on low speed until just blended. Do not overbeat. Pour batter into prepared pans.
3. Bake 35 to 40 minutes or until toothpick inserted in center comes out clean. Cool in pan 10 minutes. Remove from pans; cool completely on wire rack.
4. For the Frosting, beat cream cheese, butter, sour cream and vanilla in large bowl until light and fluffy. Gradually beat in confectioners' sugar until smooth. Fill and frost cooled cake with frosting.

Tips
Test Kitchen Tip: Substitute a greased and floured 12-cup Bundt pan for the 9-inch cake pans. Bake about 50 minutes. Or, substitute a greased and floured 13x9-inch baking pan; bake about 40 minutes.

NUTRITION INFORMATION
per serving
Calories: 520
Fat: 24 g
Carbohydrates: 70 g
Cholesterol: 117 mg
Sodium: 334 mg
Fiber: 1 g
Protein: 6 g

Source: http://www.mccormick.com