flipkart

Monday, October 19, 2009

Ketupat Daun Palas - cara 2

Bahan2:

1 gantang beras pulut
4 biji kelapa @ 3 kg santan
1/2kg kacang mentah
3 jantung jagung (jika mahu)
daun palas secukupnya
garam sikit

Cara:

1. Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan.
2. Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.
3. Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai
mendidih.
4. Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.
5. Angkat dan biarkan selama 15 sehingga sejuk
6. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi
bentuk 3 segi.
7. Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air
pada paras separuh periuk dan rebus sehingga kering air.
8. Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan
2 tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang @ jagung tadi,
kemudian kacau sebati.
9. Boleh dihidangkan dengan rendang @ kari daging pekat.

No comments:

Post a Comment