flipkart

Saturday, May 15, 2010

Mengeluarkan Black & White Head Di Muka...

Hi kawan-kawan kat sini aku ada satu petua nak bagi pada korang semua cara-cara mengeluarkan black head & whita head dengan cara yang paling efektif...aku tau ramai yg menghadapi problem nih..tak kira la lelaki ke perempuan...mungkin korang dah tau..or ada yang tak tau lagi. Kalau nak pakai besi muka tu mmg la menyakitkan..tu pun picit satu or dua je..then bila dah picit2 tu faham-fahamlah sampai bengkak-bengkak muka. tapi masa aku final year dulu, kawan aku yg aku panggil adik..ajar aku mcmana nak buang mende tu...

Muka aku ada putih2 kecik2 tu sampai naik rimas aku..mende tu akan lagi ketara bila lepas mandi or pakai bedak...amatlah teserlah dan permukaan muka aku rasa kasar sangat..seminggu or dua minggu sekali aku mesti facial dengan cara ni. Hasilnya amat lah memuaskan..kalau pergi facial kat kedai pun boleh...tapi you have to pay for that lah kan...apapun terpulang pada masing-masing. Anda akan terperanjat melihat white or black head tu tercacak-cacak di topeng anda...

Mari kita mulakan....

Bahan-bahan:
1. Telur 1 atau 2 biji
2. Kapas muka 8 keping
3. Piring bersih
4. Besen kecil

Penyediaan cara-cara facial:

1. Ambil telur putih sahaja dan dimasukkan ke dalam piring.

2. Koyakkan lapisan kapas muka senipis yg mungkin (sama rupa asal tp nipis..aku biasa koyak 3 lapisan jer)

3. Masak air sehingga mendidih.

2. Tuang ke dalam besen kecil (Time ni mcm keluar asap2 gitu)

3. Ambil tuala mandi, kelubung kepala bersama besen tadi (besen letak dilantai..wapkan muka sehingga berpeluh..(peringatan: jauhkan sikit dari muka..takut melecur pulak)- tujuan mengewap muka ini ialah utk membuka liang2 roma dan membuang toksik di muka ok...)

4. Lap muka dengan tuala kering yg bersih...(jgn basuh muka tau)

5. Ambil sehelai demi sehelai kapas muka yg dicelupkan dengan telur putih dan ditampal ke muka..ratakan kapas yg dipenuhi telur tadi ke muka dan jgn berkedut.

6. Ulangi sehinggi semua muka dilitupi dengan kapas dan telur tadi..(hidung & mata jgn la korang tutup plak)

7. Proses pengeringan ini mengambil masa sekurang-kurang 3 jam.

8. Pastikan topeng tadi betul-betul kering barulah ditarik..(maksudnya jgn ada rasa sejuk2).

9. White or black head akan melekat di topeng anda.

10. Basuh muka dengan air biasa dan scruplah muka tu..(lap muka dan last sekali sapukan moisturiser ke muka anda..muka akan semulus kulit bayi..iklan plak dah..heheh)

( Untuk hasil yg berkesan, buatlah facial ni masa time rehat..dan jangan bercakap ataupun makan/minum).

Selamat mencuba....

6 comments:

  1. wah menarek ni, nak cuba...tapi, bila dengar 3 jam, jenuh la nak tunggu... mau2 si anak2 duk heran tgok muka mak depa..pastu, tak tahan sora nak tempik kat depa... emm..kena tunggu depa tidoq lah kut dulu baru leh buat...TQ for sharing kak Dah!

    ReplyDelete
  2. I haven't tried this with egg! But i just apply tomato and really made my skin shine like sun! Please try my tip! thanks for sharing


    Sous Chef Job description

    ReplyDelete
    Replies
    1. how didi you apply the tomato? can you share with me please???

      Delete
  3. o really?? may be i should try your tips too..why not..thanks for sharing too...

    ReplyDelete
  4. thnks 4r sharing, mau share dngn kwn2 kat brunei

    ReplyDelete
  5. Lepas tarik topeng yg sudah kering, basuh muka dan scrub muka kita ye..then lap dgn tuala then sapu moisturiser utk lembapkan muka..lihatlah hasilnya...hee

    ReplyDelete