Jadi aku amik kesempatan la malam ni nak gi shopping2 sikit mana yg x de. Tapi tahun ni kami raya secara bersederhana sahaja. Kena jimat cermat jugak..barang yg tak perlu tak yah nak beli...big bos dah bagi warning macam tu..hikhik.
Adik na dah balik hari Khamis pagi. kesian kat dia, tahun ni dia sorang2 ja kat umah penang..jenuh la nak handle semua menda kat sana..tahap kebizian kat sana aku ja yg tau..almaklum lah tak dak sapa yg handle kitchen kat sana. Sib baik adik-adik aku dah besar2 leh gak membantu mana yg patut.
Aku ingat balik jap lagi nak buat kek dlm 2 biji utk dibawa pulang ke kampung kuala selangor. Boleh makan ramai2. Pasni aku cuti seminggu...SEMINGGU TUUUU!!!!!!..yahoooooo...seronok la sgt tu nak cuti raya..balik raya ha amik ko keje besar sudah menanti...Company nak buat event Energy Month 2009...jadi macam biasa aku mesti dpt bahagian handle pameran...huhuhu...kerja dah start sikit sebelum raya...balik terus kena continue. Bos dah kata x leh cuti2 dah lepas raya..huwaaaa...padan muka aku dan rakan-rakan.
Oklah ...di kesempatan ini aku dan abg ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua kawan-kawan. Halalkan makan dan minum aku, dan minta maaf jika ada terkasar bahasa secara sengaja ataupun sebaliknya.

Jom balik kampung...berhati-hati di jalan raya...
No comments:
Post a Comment