flipkart

Tuesday, September 15, 2009

Cream Caramel


Bahan-Bahan:

Bahan untuk puding:
6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla.

Bahan untuk sos:
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air.

Cara penyediaan Sos (Caramel):
Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan.

Penyediaan puding:
Pukul telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan gula. Kemudian masukkan susu sejat dan air.Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk. Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan.
...Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.



Source: resepi raidah



Cara lain - yg ni aku dah try mmg sedap..bawak ke office utk potluck lepas raya..licin terus..alhamdullillah.

Puding gula hangus. 1st. time buat nih.. (tapis byk2 kali before masuk loyang)

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )• (aku buat 2 adunan utk bagi tebal sikit)

400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila

[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara

1.Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

2.Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.

3.Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.

4.Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

5.Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit

6.Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

7.Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.

8.Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.....letak ler strawberi atas caramel nih...

Source: alia myresepi

No comments:

Post a Comment