Ni pasal baby..Sebelum ni macam2 org suggest dekat aku buat yg tu la yg ni la...soalan2 cepu emas pun ade..."tak berubat pakar ker" berulang kali aku terangkan aku sudah pergi dekat pakar O&G Azzarah...tapi org x paham2 jugak..last sekali abg nasihatkan aku supaya jgn cerita pada org treatment yg diikuti..dia ckp baik diam jer..ada gak kawan2 aku yg suggest kat aku, yg takut2 aku pun ada, yg mcm eksen pun ada..sbb diorg dah ada baby..aku blom lagi...rezeki blom dtg lagi aku nak buat mcmana. Clomid pun aku dah makan drpd 2 klinik klinik shahril & pusat rawatan azzahra, aku dah berikhtiar dgn ayah aku sendiri, aku dah berurut dgn 2 tukang urut, aku dah makan ubt homeopathy..then finally aku bincang dgn abg elok2 utk buat treatment yg seterusnya.
Bulan 6 pergi dekat azzahra, amik referral letter ke Hospital serdang.Then Bulan August aritu aku dan abg mula secara serius dengan pakar O&G di Hospital Serdang.Jumpa dr "Sarabanu" abg pun ikut sekali masuk jumpa doc. Doc tanya sikit2 psl mens. cycle, berapa lama kawin, scan perut aku (ade cyst kecik and doc ckp x pe), then dia suggest aku buat blood test 1)hari ke-21 period (utk check hormon progesteron), 2) hari ke-2 period (utk hormon testosterone). Abg plak doktor bagi referral letter to LPPKN buat Semen Analysis (SA). So now we are waiting for the result on blood test, utk SA abg akan diserahkan pada doktor pada hari appointment seterusnya iaitu pada 3 November 2009.
Alhamdullillah abg bagi sokongan penuh pada aku..dan dia amat memahami diriku ini..Abg aku kesiankan aku..sanggup sakit2 amik darah utk berusaha ke arah itu katanya...ermmm utk kita jugak...aku sanggupkan jer..kita usaha jugak2..pedulikan apa org nak kata.
Dulu aku sensitive betoi kalau org bukak cerita2 ini..tapi sekarang aku dah cool..Pada aku, Allah ada plan tersendiri, jadi kita sebagai hambanya kena berusaha, berdoa ..last sekali bertawakal pada-Nya.
So tak sabar nak jumpa dr pada bulan November nih..hikhik..I am ready for everything.
Disamping berdoa:
Bismillahhirohmanirrohim...
1) Rabbi la tazarni fardan wa'antakhoiron warishin 3x
2) Rabbi habli min la dun ka zurriyatan toiyyibat innakasami uddua'.3x
selepas solat...mudah-mudahan ..amin
nikmatilah kehidupan kita di dunia ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan dengan orang-orang tersayang..kerana setiap detik yang kita lalui pasti tidak akan berulang lagi...kenangan itu suatu keindahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog sebagai rujukan dan kenangan (coretan untuk anak-anakku yang disayangi)
28 Oktober 2024 - Happy Belated Birthday Adik...Hari jadi anak yang terpaling bongsu..happynya dia..Annis Azzahra dah 9 tahun, dah besar ad...
-
Dah lama dok intai-intai kek yang glemer ni...apa lagi meh kita tengok apa bahan-bahannya...kat malaysia kek ni jarang2 kedengaran.. The ult...
-
Sepanjang mengharungi perjalanan hidup,manusia tidak dapat lari dari dugaan.Dugaan yang datang ada kalanya memberi tekanan pada jiwa dan pas...
-
Malam ni tiba-tiba rasa nak menulis pengalaman yang dah dilalui pada penghujung tahun lepas. Sementara masih ingat ni baik tulis kat blog se...
No comments:
Post a Comment