Saya adalah seorang anak ke 4 dari sepuluh adik-beradik, dulunya seorang guru dan mengajar selama 8 tahun,namun atas permintaan suami,saya berhenti untuk menumpukan perhatian pada anak-anak dan rumahtangga, suami saya berkerja di Kuala Lumpur dan pulang hanya 2 minggu sekali,Alhamdulilla h kami di kurniakan dengan rumahtangga yang bahagia...pada awal nya kedua ibubapa saya tidak bersetuju dengan keputusan saya untuk berhenti mengajar..puas saya memujuk namun mereka tetap berkecil hati dengan keputusan saya..namun apalah daya,saya hanya seorang anak perempuan yang wajib patuh pada suami.
Ibu saya baru sahaja kembali ke pangkuan Ilahi pada 7 Muharram 1430H yang lalu,kerana komplikasi penyakit jantung,semasa hayat nya ibu saya seorang yang cukup sabar dalam melayani karenah anak-anak..sebagai anak dan isteri terkadang terbit rasa salah terhadap ibu dan bapa,kerana selama 17 tahun saya berkahwin saya tidak pernah lagi menyambut hari raya aidilfitri dengan nya kerana saya mengikut suami pulang berhari raya dengan kelurga mertua,memandangkan suami saya tidak mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai dan merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga nya jadi kami mengambil keputusan untuk berhari raya dengan sebelah mertua saya saban tahun.Tanpa kepulangan kami pasti keluarga mertua saya akan menyambut raya berdua sahaja,ini kerana adik-adik suami saya juga biasa ye mengikut suami masing-masing.
Tetapi menjadi kebiasaan kami untuk pulang ke rumah ibubapa saya terlebih dahulu sebelum kami berangkat ke rumah mertua saya.Kami akan bermalam beberapa hari di sana.
Namun yang menjadi ingatan saya dan terbit rasa terkilan,bila ibu berpesan sebelum akhir hayatnya dan menyatakan bahawa ibu telah lama memaafkan saya dan berbangga kerana saya selalu menyayangi nya.
Pesan ibu.." Jangan sesekali kau meningkah kata suami,jangan sesekali kau kecilkan hati mertua,kalau marah ibu kandung tidak sampai ke hati..tetapi ibu mertua tak tahu hati budi nya,jangan sampai tak berkat hidup kau dunia akhirat..Kau telah kahwini anak nya,itu bermakna kau kahwini keluarga nya,Berkahwin maknanya kau berkongsi hidup dengan nya..berkongsi segala-galanya. .susah-senang nya,suka duka nya,gelak tawa nya..dan kehidupan nya...Jangan kau ungkit apa yang telah kau lakukan untuk nya..tapi ingatlah..Syurga kau bukan pada ibu...tapi syurga kau kini terletak di kaki suami...pada hati mertua...Sayangi mertua kau seperti mana kau sayang ibu..."
Untuk rakan-rakan yang masih ada ibu..sayangi lah mereka..jangan sekali-kali kau lupa..kerana doa ibu sentiasa ada untuk kita.....
*mak..cek sayang mak..semoga arwah mak dicucuri rahmat-Nya..amin.
source: taman2syurga
nikmatilah kehidupan kita di dunia ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan dengan orang-orang tersayang..kerana setiap detik yang kita lalui pasti tidak akan berulang lagi...kenangan itu suatu keindahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog sebagai rujukan dan kenangan (coretan untuk anak-anakku yang disayangi)
28 Oktober 2024 - Happy Belated Birthday Adik...Hari jadi anak yang terpaling bongsu..happynya dia..Annis Azzahra dah 9 tahun, dah besar ad...
-
Dah lama dok intai-intai kek yang glemer ni...apa lagi meh kita tengok apa bahan-bahannya...kat malaysia kek ni jarang2 kedengaran.. The ult...
-
Sepanjang mengharungi perjalanan hidup,manusia tidak dapat lari dari dugaan.Dugaan yang datang ada kalanya memberi tekanan pada jiwa dan pas...
-
Malam ni tiba-tiba rasa nak menulis pengalaman yang dah dilalui pada penghujung tahun lepas. Sementara masih ingat ni baik tulis kat blog se...
No comments:
Post a Comment