Sekian lama tinggalkan kerja-kerja menaip dalam blog nampaknya nak kena active berblog balik..haha..salah satunya sebabnya blog berkurun x update dan yg keduanya nak tempek rumah-rumah untuk dijual dalam blog cek di rasidahproperty (ni betul-betul kena tekad nih) dan tak lupa jugak pada hobi saya ye dalam bab baking membaking nih..i miss you my baking gadget and happy to look on cake design di kedaikekkakdah..
Dalam 2 ke 3 tahun kebelakangan ni banyak pengalaman-pengalaman yang manis pahit - banyak yg pahit laa..(tapi kita diam-diam sudahlahkan..) yang sangat memberi pengajaran dan pengalaman dalam kehidupanku. Apa yang pasti kita kena tabah dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan dan berserah saja kepada Allah. Perbaiki diri ini untuk kebaikan dan kebahagian...open new chapter with new task and yang pastinya new challenges..dan yang paling penting berdoa pada Allah minta dipermudahkan segala-galanya..amin :)
#I am REN@NilaiProperty
#I am Analyst@MGTC
#I am a mother of 2 beautiful daughters
#I am passionate in baking
nikmatilah kehidupan kita di dunia ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan dengan orang-orang tersayang..kerana setiap detik yang kita lalui pasti tidak akan berulang lagi...kenangan itu suatu keindahan.
Saturday, May 21, 2016
Monday, May 12, 2014
This is my dream ...
Tiba-tiba teringat peralatan baking aku yang banyak yang di simpan supaya tak kena habuk. Aku memang passionate untuk membuat kek ni. Aku sangat berminat dalam seni baking ni. Tapi baby kecik lagi, abang cakap nanti dulu. Bila google jenguk-jenguk kedai yang start dari kecil-kecilan terjumpa satu site yang sangat menarik perhatian aku. Nak tengok full sila klik di sini dan aku sangat admire dengan cara ni..Mohon Allah makbulkan doa aku dengan menyambung dan membuka business macam ni..bestnya...
Source: http://www.blogto.com/bakery/af-home-bakery-toronto
Comelkan kedai bakery ni. Insyaallah dengan izin Allah..amin.
Sunday, May 11, 2014
Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku...
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu...untuk arwah ibuku..ku bermohon semoga Allah tempatkan ibu kesayanganku dikalangan orang-orang yang beriman..amin..
Untuk anakku jadilah anak yang solehah dan menyayangi ibumu dan menghormati orang lain..mummy sangat menyayangimu..
Setiap detik adalah sangat beharga...
Mencabar betul bila ibu-ibu bekerjaya ingin menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu..sehingga kini alhamdulillah Alissa minum susu ibu. Mula-mula 2 minggu sebelum naik kerja memang cuak sangat stok susu belum ada, apa yg disimpan semua habis. Masa tu susu pun pump x banyak..setitik pump lama nak jatuh ke dalam botol. Aku tetap bersabar perah jugak, sehinggalah pada suatu hari semasa di Penang tengah kalut2 kat dapur terasa bengkak yg amat dan aku terus pump, dan gembiranya bukan dibuat2..rezeki untuk Alissa, sejak hari itu, susu terus turun mencurah2. Bermulalah sesi mengumpul stok di rumah sendiri.
Di office mula-mula pump memang sangat janggal, dengan kerja, meeting, kejap2 hilang, mula2 pump di bilik meeting yg tersorok kat belakang, lepas tu rasa macam x secure je terus tukar buat sesi pump di surau. Time ni agak mencabar dengan kerja2 hand over sebagai project manager Green Jobs kepada orang lain, nak tukar job scope lagi kepada OD dan macam2 lagilah. Masuk bulan ke - 4 aku dah boleh manage sesi pump dan komitmen kerja. Tapi sejak aku lepas bersalin badan aku sangat sakit2. Memang serious kena ambil vitamin sebagai supliment tambahan untuk tujuan penyusuan dan untuk tenaga.
Satu masalah lagi, dulu baby x nak minum botol, sekarang dah nak minum, tapi baby Alissa tak nak pulak susu yg turun dari tempat pembekuan, jadi banyak yg diminum x habis, kalau isi 3 oz mesti buang 2 oz, kadang buang lebih lagi, akibatnya stok susu habis buang je..baby Alissa nak yg fresh je maksudnya yg tak dibekukan. Aku pun pelik kenapa dia tak nak minum yg dicairkan selepas beku, then aku pun rasa lah sikit, rupanya x sedap, pelik rasanya tetapi susu tetap rasa manis2 buah. Lepas dari habis stok beku tu, aku sentiasa bagi yg fresh je. Letak tempat biasa dalam peti, masa nak minum tuang lebih kurang 3 oz, warmkan susu dalam warmer, bagi baby laju je dia sedut. Alahai anak..tak apa lah. jadinya setiap hari aku bekalkan susu fresh 12 oz, 12 oz lagi stand by, so setiap hari aku kena pump dan kena berusaha untuk dpt sekurang2nya 10 oz sehari, kalu x kesian baby. Mula tu memang nervous le susu dah x de stok. tapi bila aku buat teknik mcm ni nampaknya membuahkan hasil. Alhamdulillah dapat ilham buat mcm ni, anak tetap dapat minum susu fresh, susu x terbuang, anak dan ibu sangat hepi...
Tetiba baby Alissa x berak lebih kurang 2 minggu. Aku punyalah risau, nurse dan doc dah marah2 aku, suruh jaga pemakanan, dan kena bagi susu aku berkualiti. Aku senyapkan saja mendengar nasihat nurse tu. Erm tak apalah dengar nasihat demi kebaikan anakku ni..muka budak x uk uk..then kena refer check up di Pediatrik plak untuk development Alissa
Cepatnya masa berlalu, aku nak letak gambar baby Alissa mandi.. masa ni baru lepas pantang
Ni dah 2 bulan lebih rasanya..
Ha ya ni terkini..
Ni pulak time on the way hari pertama naik kerja, tetapi tak de car seat. Baby Alissa kami letak dalam beg balik kampung, sbb x de pilihan..keciannya dia..hehe, dan alhamdulillah dapat beli car seat utk dia 2nd day tu..
Sekarang baby Alissa dah boleh meniarap..sihat-sihat ye cayang..Mummy dan daddy love you very very much..muah..
Semoga Allah murahkan rezeki susu mummy untuk anak mummy yg sorang ni..amin..
Saturday, May 10, 2014
Coretan cerita bersalin dan berpantang...
Malam ni tiba-tiba rasa nak menulis pengalaman yang dah dilalui pada penghujung tahun lepas. Sementara masih ingat ni baik tulis kat blog sebagai ingatan dan rujukan. Ceritanya macam ni cuti sekolah tahun lepas rumah aku ni memang menjadi tempat kegemaran anak sedara aku Gemal dan Nana, anak kak baiyah..entah apa yg seronok sangat aku pun tau lah..tapi aku memang sayang kanak-kanak ni..jadi aku memang melayan le budak-budak ni...hilang sikit sunyi kan..time tu aku memang dah 8 bulan usia kandunganku..berjalan ke PD lah, pegi pantai lah..tak hingat bawak perut..tapi jenis perut x berapa besar ni tak le nampak sangat kan..mcm2 aktiviti dan program kami..
sehinggalah aktivi besar-besaran membasuh dan mengering semua peralatan baking aku yg bertimbun tu..tak tahan tengok debu teruk sgt..jadi aku decide basuh semua dan simpan baik2 dlm bungkusan..gemal pun tolong, abg pun tolong..seminggu jugaklah nak kering semua perkakas baking aku..lepas cuti sekolah dah nak habis aku dan husband pun hantar budak2 balik ke Shah Alam, lepas diorg balik sabtu, dapatlah aku berehat secukup-cukupnya..
Kebetulan hari Isnin ada check-up di Hospital Serdang, aku dan abg mcm biasa pergi ke klinik O&G untuk check, tunggu lama jugak sehinggalah sampai giliran aku, diorg pun check lah, mula2 doc check mcm biasa ja, then doc senior tu dtg calculate ikut scan tu, then dia ckp 'air ketuban sikit je ni..' lepas tu dia explain kat aku n husband diaorg x mau amik risiko diorg mintak aku bersalin secepat mungkin, pilihan yg disyorkan ialah bersalin cara induce atau operation. Aku dengan husband tergamam x tau nak cakap apa dan nak pilih yang mana, aku memang takut time dengar semua ni..untuk cover rasa takut tu husband aku tanya detail pasal induce dan operation, 'risiko pada baby kalau lambat' doc ckp...then dengar mcm tu x sanggup nak memperjudikan situasi mcm tu..then doc bagi surat utk 'check in' ke ward mintak aku masuk pukul 2pm hari ini jugak. Doc benarkan kami balik rumah dulu untuk bersiap2 apa yg patut. Aku dan husband angguk dan ucap terima kasih, kami pun balik...berdebar2 kami berdua memikirkan situasi ni, then husband aku cakap jom kita makan dulu. Kami tapau makanan dekat taman impian ehsan je, balik bersama2, makan pun dah x lalu. Kebetulan beg2 pun memang dah standby dah pun..jadi balik berehat kejap, pukul 3.00pm lebih baru bertolak ke hospital..
Sampai hospital di PAC bermulalah sesi daftar mendaftar..then setel berdaftar duduk dulu di kerusi, ramai jugak para suami n isteri kat situ..kami pun duduk jugak kat situ...lebih kurang setengah jam, nama aku dipanggil, diorg suruh tukar dari baju biasa ke baju hospital kaler pink dan kain batik, then nurse tanya2 sikit, interview kenapa kena warded, pastu buat urine test dsbnya. Aku diberi makan malam pukul 7, ade la lebih kurang 3 ke 4 org yg makan bersama2 aku.. lepas mkn duduk kejap..last sekali dah x de apa dah kami semua just tunggu tempat ward kosong je, pukul 11 mlm rasanya husband aku balik rumah..dok tak lama tu kami dipanggil nama oleh nurse utk dibawa ke ward tingkat atas, kami jalan perlahan2 masuk lif dan ditempatkan di katil masing2.
Di dalam ward bermula sesi check mengcheck tekanan darah, check degupan jantung baby dan sebagainya. Then nurse ckp suruh standby untuk dimasukkan ubat induce pada pukul 5.00 am nanti. Malam tu aku tido ala kadar je, sbb mcm2 aku tengok kawan2 yg sama pregnant dengan aku dan yg dah lepas bersalin, semuanya mempunyai kes2 pregnancy tersendiri..so aku tengok diorg, diorg plak tengok aku..sebenarnya x boleh tido pun..terlelap kejap, pastu, nurse dtg panggil untuk masuk ubat. Lebih kurang 5 - 7 orang dipanggil untuk masuk ubat dlm pada masa yg sama termasuk aku...gerun jugak x tau mcmana rupa keadaannya..sampai time aku, aku disuruh baring dan ubt dimasukkan dari bawah...sakit jugak..tapi boleh tahan lagi..doc suruh balik katil baring dalam 1 jam atas katil x boleh turun, kesan dari ubt berkenaan rasa macam period pain yg mild je...pastu aktiviti berjalan mcm biasa time siang..makan pun sedap jugak, silih berganti doc dan nurse test, check, taklimat pasal penyusuan, buat catatan pergerakan baby dlm kandungan dan rutin2 lain. Pukul 12.30 tghari aku dipanggil sekali lagi untuk dimasukkan ubat induce kedua, time masukkan ubat ni memang sangat sakit dan berdarah..huwaaa...masa ni aku dah start rasa kuat sikit dari tadi.. time melawat abg datang temankan aku..sayangnya dia pada aku..terima kasih abg...sampailah pukul 6.00pm makan malam, aku dah start sakit sampai x dapat nak makan, terkejang-kejang aku dibuatnya kat atas katil tu..darah dah start keluar, then aku siap2 pakai pad..bila sakit datang aku dok diam2, dah kurang aku makan balik, sampai lah aku mintak nak duduk je, baru kurang sikit rasa sakit,tgh2 dok sakit tu nurse dtg nak ambil catatan degupan jantung baby dengan alat yg besar dan berbunyi mcm kuda tu..
adoi time ni dah x tahan dah dok baring...terkejung-kejang aku dibuatnya. Then aku cakap kat 'abg mcm ni punya sakit rasanya x boleh tahan dah sampai esok kot rasanya, entah2 pagi nanti'..sampailah time melawat habis..abg pun dah nak balik...lepas abg dah pergi..aku dah x boleh tahan dah ni...nak jalan pun dah x boleh...nak menahan sakit pun dah x boleh..last2 pukul 7.00 mlm aku pergi gagahkan jugak berjalan ke kaunter cakap dah x boleh tahan...nurse tanya rasa mcmana, then aku pun describe la detail dekat nurse tu..then oleh kerana tgk muka aku dah pucat2, doc panggil aku utk check, dia seluk dan ckp baru 3 cm, adoi la...pastu aku dah x boleh jalan dah..aku ckp lagi pada nurse senior, lepas diorg berckp2 sesama diorg, nurse muda tu ckp 'akak nak tolong ke' pada nurse yg agak berumur, then nurse senior cakap 'jom saya check puan sekali lagi', berjalan lagi aku ke bilik untuk check bukaan.. dia kata 'confirm baru 3 cm', then dia ckp meh dia tolong percepatkan bukaan, kena tarik nafas ye, pastu dia mcm korek2, Ya Allah sakitnya...then dia check dah 4 cm..pastu nurse ckp 'boleh kol bawah untuk maklumkan dewan bersalin'...pastu aku dah tak boleh jalan dah..nurse ambil wheel chair, nurse tolak ke katil, dia suruh bukak pakaian dalam, tinggal baju pink dan kainnya je...aku ikut je lah..nurse tolak ke bawah lebih kurang pukul 7.30pm..masa nurse tgh sorong tu aku kol abg ckp dah nak masuk dewan bersalin, rupanya abg baru nak makan, apa yg diorder terpaksa dibatalkan...dia sampai je aku dah ade dlm bilik bersalin, nurse dah angkat aku ke atas katil bersalin.., suruh bukak tudung dan getah rambut, seramnya aku tgk semua lampu2 tu...abg ada disebelah, dengan doctor yg ramai dan nurse, panas, berpeluh, sakitnya bukan kepalang, aku cuba sehabis tenaga, pastu aku dengar abg cakap 'cepat sayang..Ya Allah' last2 aku rasa panas je kena gunting 2nd degree,pukul 9.30pm, 17 December 2013 akhirnya lahirlah puteri kami yg ditunggu2 selama ini..lepas melahirkan hilang semua sakit2 tadi tu...abg pun sedih tak terhingga tengok aku..dlm sebak dia ucapkan terima kasih pada aku..
baby yg dilahirkan dibawak keluar secepat mungkin..baby x nangis pun masa ditunjukkan kepada aku..semua doc keluar tinggal aku dan husband je kat dalam bilik bersalin tu, pelik jugak..aku mula rasa sejuk aircond, dengan keadaan aku yg sama masa time bersalin, aku pun pelik doc semua pergi mana, husband aku dipanggil nurse, rupanya doc berusaha keras untuk bagi baby aku menangis, baby nangis tersangat sikit, serak-serak je..baby akhirnya dimasukkan dalam kaca sekerat dada ke atas, abg disuruh qamatkan baby dari luar kaca...baby disorong ke NICU...lepas tu abg datang kat aku pastu dia ckp dia nak uruskan baby ke NICU..aku kat dlm bilik bersalin dijahit dari lepas bersalin sehingga pukul 12.30 malam..lama dan sangat sakit..sampai nangis2 aku dan trauma..doc tambah ubt bius untuk aku..dah setel jahit dia test pulak..adoi la sakitnya bukan kepalang..dah setel semua aku ucapkan terima kasih kepada doc dan nurse yg menjahit aku..nurse tu sangat baik, dia bancuhkan air untuk aku, ikatkan rambut aku, pakaikan pad, tukar kain dan baju yg berdarah dgn baju yg bersih..then pindahkan aku ke katil beroda utk ditolak ke ward. Nurse pindahkan ke katil ward, dok kejap abg sampai, ward pun cahaya suram2 je sbb semua org tgh tido, oleh kerana aku lepas bersalin nurse benarkan abg masuk ke ward, abg sapukan seluruh badan aku dgn minyak panas, pakaikan stokin, sapu minyak kat kaki n tangan, beli makanan panas dan air milo, dan baringkan aku tido..abg ambil uri untuk dibawak ke shah alam. Aku pun terus tido, baby pulak dalam NICU dan abg pun balik dlm pukul 2.00 pagi.
Pukul 3.00 pagi nurse kejutkan aku untuk tukar pad, aku kata ok, aku rasa mcm ok, rupa2 time aku berdiri aku hampir2 pitam, aku berdiri saja tahankan pening aku tu..lepas tu apa lagi darah keluar berlambak2 kat lantai sampai aku x boleh jalan, pedihnya tempat gunting tadi...habis lencun kain aku dengan darah, aku tekan button panggilan kecemasan dan nurse pun datang..nurse tanya kenapa, aku ckp nak baju dan kain baru..lepas aku dapat baju aku berjalan perlahan yg mungkin pergi ke tandas, seramnya tandas kalau pukul 3 pagi..tapi buat dek je lah..dah habis baju kotor dgn darah takkan taknak tukar..lepas tukar semua pad dan pakai seluar ketat2 aku balik ke katil untuk lap darah yg byk di lantai dgn kain lama yg kotor..pergi balik ke tandas untuk masukkan kain kotor ke dlm tong baju, basuh tangan bersih2 dan balik ke katil untuk tido..aku tak boleh tido sampai siang sbb teringat time kena jahit yg sepanjang kena jahit tu aku nangis je..sebab tak tahan sakitnya...dekat2 pukul 6 pagi baru boleh lelap...
Esoknya aku dah boleh balik.. ptg, jadi aku nak pegi ke NICU tgk baby..nurse kata nanti tunggu suami datang amik sorong ke NICU..last abg pun sampai, kitaorg pun 'check out' dari ward tu..pergi ke NICU pulak..rupanya baby ade problem pernafasan dan jangkitan kuman dan jaundice..tak boleh balik..aku dengan barang yg banyak berkampung pulak di NICU..aku tunggu katil sampai pukul 11 mlm tak de katil lagi..adoi la..nurse bagi mak-mak tinggal di ward ibu di NICU..aku tunggu je kat kuysen dlm NICU tu..kesiannya aku tgk baby atas katil kaca yg tinggi, wayar kat hidung, mulut, kaki, dada, sedihnya...aku pun dah x kisah dah diri aku..sekarang ni baby lebih penting..so aku decide stay di NICU..
aku sentiasa dok tepi baby aku, aku susukan dia, peluk2 baby, ckp suruh kuat, abg selalu dtg melawat aku dan baby, siang malam abg datang, 5 malam aku kat NICU tengok baby aku, aku balik ward mak2 time nak mandi, dan rehat kejap je, selebihnya mmg dok tepi baby je..akhirnya hari ahad baby dapat kluar..yeeaaayy..lepas doc buat ear screening test pada baby, baby dah boleh discharge, cepat2 aku bagi tau abg..lebih kurang sejam abg dtg...Alhamdulillah semuanya dah selamat dan selesai...dan bertolak ke Shah Alam untuk berpantang..
Aku berpantang di shah alam, terima kasih kepada kakak iparku yg sangat caring, menjaga aku serapi yg mungkin, jaga aku, pendek kata semua org care dekat akulah..alhamdulillah..
Belom habis pantang, ayah pulak sakit, jadi susah hati punya pasal aku balik jugak penang dlm pantang, nama ja masih pantang tapi aku dah buat kerja2 rumah malah menebas rumput2 depan rumah ayah tu pun aku buat...huhu terpaksa..badan sakit jangan ckp ye...adikku shahida merangkap maksu terpaksa menjadi baby sitter sbb kakaknya nak menjalankan kerja2 di dapur..
pastu baru balik ke rumah sendiri..adoi it's a long journey...berpantang terus menerus mencabar bila selangor tak ada air...2 minggu x ada air, dengan baby kecik, aku pun turun angkat air sekali sekala sbb kesian abg angkat sorang2..tingkat 4 bukanlah rendah ye..huhu
tak apalah janji puteri yg diberi nama Alissa Ameera bt Ajemi sihat sejahtera dan gembira selalu. Untuk anakku, membesarlah dengan sihat dan jadilah anak yg baik dan bijaksana.
Untuk suamiku terima kasih yg tidak terhingga kerana menyanyangi kami berdua sepenuh jiwa dan raga, tidak terbalas pengorbananmu untuk kami berdua...i love both of you very very much...
Itulah coretan pengalaman yg tidak dapat aku lupakan seumur hidupku..wassalam.

Saturday, November 2, 2013
Hari ini...selepas sekian lama
Bila dah lama tak menulis ni...jadi kekok pulak..sampaikan nak bukak dashboard pun terkial-kial..adohai..
Banyak sangat perkara yang dilalui sepanjang tempoh tak menulis nih..macam-macam sampaikan tak boleh nak cerita lagi dah..
banyak yang berkisar pasal kerjaya..pasal mende ni dah semestinya sibuk yang teramat la..daripada tukar division, ke tukar tempat, tukar ceo, tukar HOD, tukar designation, scope of work, rezeki datang kiri dan kanan alhamdulillah, booking rumah kedua, tengok jatuh bangun orang, terpaksa stop baking hobby baking cake aku...dan sebagainya..
Kalau pasal pregnancy..ni yang sangat-sangat terpanggil untuk aku menulis pada hari ini..bukan apa..cuma nak berkongsi dengan kawan-kawan yang kat luar sana yang maybe senasib dengan aku..tapi apa yg telah berlaku kepada aku semuanya adalah perancangan Allah yang terbaik buat diriku..Setelah 6 tahun perkahwinanku akhirnya Allah anugerahkan kepadaku sesuatu yang amat bernilai untuk aku dan suami. Terima kasih Allah. Syukur alhamdulillah.
Apa yang aku telah buat dan usaha semuanya dengan izin dari-Nya. Kita hanya berusaha, berdoa dan akhirnya kita kena berserah kepada-Nya. Mungkin boleh jadi sedikit panduan untuk kawan-kawan yang tengah berusaha untuk pregnant. Tapi jangan berputus harap dengan Allah dan setiasa berdoa mohon dari Allah.
Aku cuba perkara-perkara seperti berikut:-
1. Dari tahun 2009 aku dah rujuk pakar O&G di hospital serdang untuk tujuan kesuburan. Banyak proses/ prosedur hospital yg telah aku lalui bersama suami..kami sama2 check, dapatkan nasihat doctor, testing sana sini, makan ubat dan akhirnya doctor cakap dah habis dah check dan mintak kami berusaha sendiri, sbb semuanya OK. Aku dapatkan rawatan, follow up dgn hospital serdang tu bukannya apa, sbb semua history misscarriage aku sebanyak 3 kali dulu tu semuanya ada pada diaorang. Jadi x yah cerita banyak dgn diorg semuanya ada dlm database diorang.
2. Selepas kami balik dari hospital dan kami decide berusaha cara lain pula. Perkara pertama yang aku buat ialah betulkan niat kita, jangan runsing, jgn risau, jgn tension, mesti happy dengan orang sekeliling kita especially dengan suami, jangan asyik nak usaha nak dapatkan baby sehingga kita abaikan perasaan dan kasih sayang kita pada suami. Hargai suami kita, sentiasa luahkan apa yg terbuku perasaan kita, berterus terang cerita dengan suami yg diri kita ni sunyi, sedih, rasa malu berdepan dgn org bila org tanya kita pasal baby..insyaallah suami akan faham dan kesiankan kita. Share kesedihan, kegembiraan bersama-sama suami (benda ni senang utk diucap tapi nak buat susah)
3. Baca selalu doa ni selepas solat dan masa hujan baru turun:
4. Minum air pati delima - yg ni aku sempat minum sebotol - aku minum jadikan minuman harian dan bawak bekal ke tempat kerja
5. Berbekam di belakang, lutut belakang dan depan dan kaki yg senang bengkak - kakak yg bekam tu cakap banyak asid urik dalam badan aku nih..lepas bekam belakang tak sakit, migrain dah x de, kaki pun dah tak bengkak - kalau tak tiap2 malam kena boh minyak panas sbb sakit bahagian atas belakang badan..
6. Makan Vitamin shaklee - aku makan vitamin B complex dan vitamin c, suami pun makan tapi ade tambahan utk dia - vitamin zinc
7. Berurut peranakan dengan bidan kampung - ni kena cari betul2 bidan ye..aku pergi dekat Bukit Badong, makcik ni makcik kepada adik ipar aku..
8. Berurut badan dan kaki di pusat refleksologi atas sikit dari Jusco Cheras - yg ni mmg aku puas hati sungguh recommended, charge 49.00 tapi diorg urut mcm nak tercabut tulang belakang aku..
9. Jangan minum ais dan gula - yg ni aku rasa betul kot..pesanan org tua2 kan..
10. Minum madu Biodex - 1 utk suami dan 1 utk isteri - ikut cara makan seperti yg disarankan
11. Minum air buah zuriat - buah ni aku beli di MAHA sebiji je..time tu x bwk duit byk nak beli ..tu pun org tu mcm tipu aku bagi buah yg rosak sikit kulit dia..balik umah baru nampak..lama simpan dalam peti sejuk..tp ade hikmah..sebelum ni aku pernah minum air tu tapi tak berhasil, jadi aku tanya kakak tu pura2 mcm tak tahu nak makan mcmana buah tu..pastu dia terus ckp org byk salah cara makan - dia kata kena belah dan rebus bersama2 sabut buah tu..jadi aku pun buat la mcm yg dia ckp tu..masukkan air dalam 2 cwn rebus jadikan 1 cawan..agak2 suam2 minum le..
12. Lumiglow - ni aku tgk kat internet ramai yg kata berkesan - jadi aku pun belilah satu. Sapu ikut arahan pada kotak tu..dah pakai hampir habis pastu naik gatal2 merah2 perut aku..tapi sib baik sempat pakai banyak jugak..pastu husband kata jgn pakai lagi dah..husband kesian tengok aku naik merah2 tu..yelah kan dah bahan produk tu pun dari keladi..what u aspect?
13. Minum air kosong banyak2, jaga pemakanan, ambil sayur2an dan buah2an.
14. Buat air dengan Darusshifa di Bangi - aku pergi dengan kawan aku buat air, ustaz tanya byk benda pasal aku, suami dan famili, ustaz baca2 tapi tak de apa yg tak kena dgn badan -so dia pesan suruh minum air yg di doakan dan ustaz pesan suruh tutup tingkap pintu bila nak malam. (aku mmg suka biar tingkap open je sbb nak bagi masuk udara dalam rumah - rupanya x elok)
15. Homeopathi - aku pi dgn suami dulu amik ubat homeopathi untuk kesuburan dgn Dr. Hassan di PKNS Bangi, Tingkat 1. Ubat dia kemam2 gitu..scan tgk tangan aku dan suami, dia kata peranakan aku x bersih so dia bagi ubat utk bersihkan dan bg ubt utk suami yg merokok.
16. Dan yg last sekali tu survey2 google2 sikit waktu2 yg subur dan yg sesuai untuk bersama suami (yg ni x yah le kan cerita)..
Rasanya ni jelah kot yg aku usaha untuk pregnant..tapi jangan pikir baby saja, nanti stress..enjoy your life..apa org nak ckp dengar je..be strong inside..bila org ckp yg bukan2 kalau tak tahan, ckp je alhamdulillah dalam hati...insyallah Allah mendengar doa2 org2 yg sedih..4 bulan pertama aku alah yg amat teruk, tak boleh makan, tak boleh tgk nasi, ayam dsbnya muntah je kejenya..tong sampah jadi tempat ludah aku..dlm beg ade plastik utk muntah, kemana2 kena bawak plastik - berat badan turun je, batuk aku dari mula pregnant sampailah 5 bulan tak berhenti2, nak meeting susah, malu pun ade, asyik batuk je sampai effect telinga jadi tak dengar, sakit rusuk, demam..tapi kita kena tabah dan redha dengan dugaan yg Allah bagi.. Alhamdulillah sekarang dah 7 bulan ..moga Allah permudahkan segala..Amin..Aku pun doakan pada kawan2 yg tengah berusaha tu tabah dengan dugaan yg Allah bagi..dan dipermudahkan untuk pregnant.. Amin..
Kalau pasal pregnancy..ni yang sangat-sangat terpanggil untuk aku menulis pada hari ini..bukan apa..cuma nak berkongsi dengan kawan-kawan yang kat luar sana yang maybe senasib dengan aku..tapi apa yg telah berlaku kepada aku semuanya adalah perancangan Allah yang terbaik buat diriku..Setelah 6 tahun perkahwinanku akhirnya Allah anugerahkan kepadaku sesuatu yang amat bernilai untuk aku dan suami. Terima kasih Allah. Syukur alhamdulillah.
Apa yang aku telah buat dan usaha semuanya dengan izin dari-Nya. Kita hanya berusaha, berdoa dan akhirnya kita kena berserah kepada-Nya. Mungkin boleh jadi sedikit panduan untuk kawan-kawan yang tengah berusaha untuk pregnant. Tapi jangan berputus harap dengan Allah dan setiasa berdoa mohon dari Allah.
Aku cuba perkara-perkara seperti berikut:-
1. Dari tahun 2009 aku dah rujuk pakar O&G di hospital serdang untuk tujuan kesuburan. Banyak proses/ prosedur hospital yg telah aku lalui bersama suami..kami sama2 check, dapatkan nasihat doctor, testing sana sini, makan ubat dan akhirnya doctor cakap dah habis dah check dan mintak kami berusaha sendiri, sbb semuanya OK. Aku dapatkan rawatan, follow up dgn hospital serdang tu bukannya apa, sbb semua history misscarriage aku sebanyak 3 kali dulu tu semuanya ada pada diaorang. Jadi x yah cerita banyak dgn diorg semuanya ada dlm database diorang.
2. Selepas kami balik dari hospital dan kami decide berusaha cara lain pula. Perkara pertama yang aku buat ialah betulkan niat kita, jangan runsing, jgn risau, jgn tension, mesti happy dengan orang sekeliling kita especially dengan suami, jangan asyik nak usaha nak dapatkan baby sehingga kita abaikan perasaan dan kasih sayang kita pada suami. Hargai suami kita, sentiasa luahkan apa yg terbuku perasaan kita, berterus terang cerita dengan suami yg diri kita ni sunyi, sedih, rasa malu berdepan dgn org bila org tanya kita pasal baby..insyaallah suami akan faham dan kesiankan kita. Share kesedihan, kegembiraan bersama-sama suami (benda ni senang utk diucap tapi nak buat susah)
3. Baca selalu doa ni selepas solat dan masa hujan baru turun:
6. Makan Vitamin shaklee - aku makan vitamin B complex dan vitamin c, suami pun makan tapi ade tambahan utk dia - vitamin zinc
7. Berurut peranakan dengan bidan kampung - ni kena cari betul2 bidan ye..aku pergi dekat Bukit Badong, makcik ni makcik kepada adik ipar aku..
8. Berurut badan dan kaki di pusat refleksologi atas sikit dari Jusco Cheras - yg ni mmg aku puas hati sungguh recommended, charge 49.00 tapi diorg urut mcm nak tercabut tulang belakang aku..
9. Jangan minum ais dan gula - yg ni aku rasa betul kot..pesanan org tua2 kan..
10. Minum madu Biodex - 1 utk suami dan 1 utk isteri - ikut cara makan seperti yg disarankan
14. Buat air dengan Darusshifa di Bangi - aku pergi dengan kawan aku buat air, ustaz tanya byk benda pasal aku, suami dan famili, ustaz baca2 tapi tak de apa yg tak kena dgn badan -so dia pesan suruh minum air yg di doakan dan ustaz pesan suruh tutup tingkap pintu bila nak malam. (aku mmg suka biar tingkap open je sbb nak bagi masuk udara dalam rumah - rupanya x elok)
15. Homeopathi - aku pi dgn suami dulu amik ubat homeopathi untuk kesuburan dgn Dr. Hassan di PKNS Bangi, Tingkat 1. Ubat dia kemam2 gitu..scan tgk tangan aku dan suami, dia kata peranakan aku x bersih so dia bagi ubat utk bersihkan dan bg ubt utk suami yg merokok.
16. Dan yg last sekali tu survey2 google2 sikit waktu2 yg subur dan yg sesuai untuk bersama suami (yg ni x yah le kan cerita)..
Rasanya ni jelah kot yg aku usaha untuk pregnant..tapi jangan pikir baby saja, nanti stress..enjoy your life..apa org nak ckp dengar je..be strong inside..bila org ckp yg bukan2 kalau tak tahan, ckp je alhamdulillah dalam hati...insyallah Allah mendengar doa2 org2 yg sedih..4 bulan pertama aku alah yg amat teruk, tak boleh makan, tak boleh tgk nasi, ayam dsbnya muntah je kejenya..tong sampah jadi tempat ludah aku..dlm beg ade plastik utk muntah, kemana2 kena bawak plastik - berat badan turun je, batuk aku dari mula pregnant sampailah 5 bulan tak berhenti2, nak meeting susah, malu pun ade, asyik batuk je sampai effect telinga jadi tak dengar, sakit rusuk, demam..tapi kita kena tabah dan redha dengan dugaan yg Allah bagi.. Alhamdulillah sekarang dah 7 bulan ..moga Allah permudahkan segala..Amin..Aku pun doakan pada kawan2 yg tengah berusaha tu tabah dengan dugaan yg Allah bagi..dan dipermudahkan untuk pregnant.. Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog sebagai rujukan dan kenangan (coretan untuk anak-anakku yang disayangi)
28 Oktober 2024 - Happy Belated Birthday Adik...Hari jadi anak yang terpaling bongsu..happynya dia..Annis Azzahra dah 9 tahun, dah besar ad...

-
Sekian lama tinggalkan kerja-kerja menaip dalam blog nampaknya nak kena active berblog balik..haha..salah satunya sebabnya blog berkurun x u...
-
Dah lama dok intai-intai kek yang glemer ni...apa lagi meh kita tengok apa bahan-bahannya...kat malaysia kek ni jarang2 kedengaran.. The ult...
-
Ada sesiapa yang inginkan percutian di homestay yg selesa bolehlah contact Kak Nah Homestay di PD - harga rumah homestaynya tersangatlah ber...