Kalau pasal pregnancy..ni yang sangat-sangat terpanggil untuk aku menulis pada hari ini..bukan apa..cuma nak berkongsi dengan kawan-kawan yang kat luar sana yang maybe senasib dengan aku..tapi apa yg telah berlaku kepada aku semuanya adalah perancangan Allah yang terbaik buat diriku..Setelah 6 tahun perkahwinanku akhirnya Allah anugerahkan kepadaku sesuatu yang amat bernilai untuk aku dan suami. Terima kasih Allah. Syukur alhamdulillah.
Apa yang aku telah buat dan usaha semuanya dengan izin dari-Nya. Kita hanya berusaha, berdoa dan akhirnya kita kena berserah kepada-Nya. Mungkin boleh jadi sedikit panduan untuk kawan-kawan yang tengah berusaha untuk pregnant. Tapi jangan berputus harap dengan Allah dan setiasa berdoa mohon dari Allah.
Aku cuba perkara-perkara seperti berikut:-
1. Dari tahun 2009 aku dah rujuk pakar O&G di hospital serdang untuk tujuan kesuburan. Banyak proses/ prosedur hospital yg telah aku lalui bersama suami..kami sama2 check, dapatkan nasihat doctor, testing sana sini, makan ubat dan akhirnya doctor cakap dah habis dah check dan mintak kami berusaha sendiri, sbb semuanya OK. Aku dapatkan rawatan, follow up dgn hospital serdang tu bukannya apa, sbb semua history misscarriage aku sebanyak 3 kali dulu tu semuanya ada pada diaorang. Jadi x yah cerita banyak dgn diorg semuanya ada dlm database diorang.
2. Selepas kami balik dari hospital dan kami decide berusaha cara lain pula. Perkara pertama yang aku buat ialah betulkan niat kita, jangan runsing, jgn risau, jgn tension, mesti happy dengan orang sekeliling kita especially dengan suami, jangan asyik nak usaha nak dapatkan baby sehingga kita abaikan perasaan dan kasih sayang kita pada suami. Hargai suami kita, sentiasa luahkan apa yg terbuku perasaan kita, berterus terang cerita dengan suami yg diri kita ni sunyi, sedih, rasa malu berdepan dgn org bila org tanya kita pasal baby..insyaallah suami akan faham dan kesiankan kita. Share kesedihan, kegembiraan bersama-sama suami (benda ni senang utk diucap tapi nak buat susah)
3. Baca selalu doa ni selepas solat dan masa hujan baru turun:
6. Makan Vitamin shaklee - aku makan vitamin B complex dan vitamin c, suami pun makan tapi ade tambahan utk dia - vitamin zinc
7. Berurut peranakan dengan bidan kampung - ni kena cari betul2 bidan ye..aku pergi dekat Bukit Badong, makcik ni makcik kepada adik ipar aku..
8. Berurut badan dan kaki di pusat refleksologi atas sikit dari Jusco Cheras - yg ni mmg aku puas hati sungguh recommended, charge 49.00 tapi diorg urut mcm nak tercabut tulang belakang aku..
9. Jangan minum ais dan gula - yg ni aku rasa betul kot..pesanan org tua2 kan..
10. Minum madu Biodex - 1 utk suami dan 1 utk isteri - ikut cara makan seperti yg disarankan
14. Buat air dengan Darusshifa di Bangi - aku pergi dengan kawan aku buat air, ustaz tanya byk benda pasal aku, suami dan famili, ustaz baca2 tapi tak de apa yg tak kena dgn badan -so dia pesan suruh minum air yg di doakan dan ustaz pesan suruh tutup tingkap pintu bila nak malam. (aku mmg suka biar tingkap open je sbb nak bagi masuk udara dalam rumah - rupanya x elok)
15. Homeopathi - aku pi dgn suami dulu amik ubat homeopathi untuk kesuburan dgn Dr. Hassan di PKNS Bangi, Tingkat 1. Ubat dia kemam2 gitu..scan tgk tangan aku dan suami, dia kata peranakan aku x bersih so dia bagi ubat utk bersihkan dan bg ubt utk suami yg merokok.
16. Dan yg last sekali tu survey2 google2 sikit waktu2 yg subur dan yg sesuai untuk bersama suami (yg ni x yah le kan cerita)..
Rasanya ni jelah kot yg aku usaha untuk pregnant..tapi jangan pikir baby saja, nanti stress..enjoy your life..apa org nak ckp dengar je..be strong inside..bila org ckp yg bukan2 kalau tak tahan, ckp je alhamdulillah dalam hati...insyallah Allah mendengar doa2 org2 yg sedih..4 bulan pertama aku alah yg amat teruk, tak boleh makan, tak boleh tgk nasi, ayam dsbnya muntah je kejenya..tong sampah jadi tempat ludah aku..dlm beg ade plastik utk muntah, kemana2 kena bawak plastik - berat badan turun je, batuk aku dari mula pregnant sampailah 5 bulan tak berhenti2, nak meeting susah, malu pun ade, asyik batuk je sampai effect telinga jadi tak dengar, sakit rusuk, demam..tapi kita kena tabah dan redha dengan dugaan yg Allah bagi.. Alhamdulillah sekarang dah 7 bulan ..moga Allah permudahkan segala..Amin..Aku pun doakan pada kawan2 yg tengah berusaha tu tabah dengan dugaan yg Allah bagi..dan dipermudahkan untuk pregnant.. Amin..
Assalam..puan mohon share contact bidan urut yg kat bukit badong tu...saya di noorfadzlindazainodin@gmail.com
ReplyDelete