nikmatilah kehidupan kita di dunia ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan dengan orang-orang tersayang..kerana setiap detik yang kita lalui pasti tidak akan berulang lagi...kenangan itu suatu keindahan.
Saturday, May 10, 2014
Coretan cerita bersalin dan berpantang...
Malam ni tiba-tiba rasa nak menulis pengalaman yang dah dilalui pada penghujung tahun lepas. Sementara masih ingat ni baik tulis kat blog sebagai ingatan dan rujukan. Ceritanya macam ni cuti sekolah tahun lepas rumah aku ni memang menjadi tempat kegemaran anak sedara aku Gemal dan Nana, anak kak baiyah..entah apa yg seronok sangat aku pun tau lah..tapi aku memang sayang kanak-kanak ni..jadi aku memang melayan le budak-budak ni...hilang sikit sunyi kan..time tu aku memang dah 8 bulan usia kandunganku..berjalan ke PD lah, pegi pantai lah..tak hingat bawak perut..tapi jenis perut x berapa besar ni tak le nampak sangat kan..mcm2 aktiviti dan program kami..
sehinggalah aktivi besar-besaran membasuh dan mengering semua peralatan baking aku yg bertimbun tu..tak tahan tengok debu teruk sgt..jadi aku decide basuh semua dan simpan baik2 dlm bungkusan..gemal pun tolong, abg pun tolong..seminggu jugaklah nak kering semua perkakas baking aku..lepas cuti sekolah dah nak habis aku dan husband pun hantar budak2 balik ke Shah Alam, lepas diorg balik sabtu, dapatlah aku berehat secukup-cukupnya..
Kebetulan hari Isnin ada check-up di Hospital Serdang, aku dan abg mcm biasa pergi ke klinik O&G untuk check, tunggu lama jugak sehinggalah sampai giliran aku, diorg pun check lah, mula2 doc check mcm biasa ja, then doc senior tu dtg calculate ikut scan tu, then dia ckp 'air ketuban sikit je ni..' lepas tu dia explain kat aku n husband diaorg x mau amik risiko diorg mintak aku bersalin secepat mungkin, pilihan yg disyorkan ialah bersalin cara induce atau operation. Aku dengan husband tergamam x tau nak cakap apa dan nak pilih yang mana, aku memang takut time dengar semua ni..untuk cover rasa takut tu husband aku tanya detail pasal induce dan operation, 'risiko pada baby kalau lambat' doc ckp...then dengar mcm tu x sanggup nak memperjudikan situasi mcm tu..then doc bagi surat utk 'check in' ke ward mintak aku masuk pukul 2pm hari ini jugak. Doc benarkan kami balik rumah dulu untuk bersiap2 apa yg patut. Aku dan husband angguk dan ucap terima kasih, kami pun balik...berdebar2 kami berdua memikirkan situasi ni, then husband aku cakap jom kita makan dulu. Kami tapau makanan dekat taman impian ehsan je, balik bersama2, makan pun dah x lalu. Kebetulan beg2 pun memang dah standby dah pun..jadi balik berehat kejap, pukul 3.00pm lebih baru bertolak ke hospital..
Sampai hospital di PAC bermulalah sesi daftar mendaftar..then setel berdaftar duduk dulu di kerusi, ramai jugak para suami n isteri kat situ..kami pun duduk jugak kat situ...lebih kurang setengah jam, nama aku dipanggil, diorg suruh tukar dari baju biasa ke baju hospital kaler pink dan kain batik, then nurse tanya2 sikit, interview kenapa kena warded, pastu buat urine test dsbnya. Aku diberi makan malam pukul 7, ade la lebih kurang 3 ke 4 org yg makan bersama2 aku.. lepas mkn duduk kejap..last sekali dah x de apa dah kami semua just tunggu tempat ward kosong je, pukul 11 mlm rasanya husband aku balik rumah..dok tak lama tu kami dipanggil nama oleh nurse utk dibawa ke ward tingkat atas, kami jalan perlahan2 masuk lif dan ditempatkan di katil masing2.
Di dalam ward bermula sesi check mengcheck tekanan darah, check degupan jantung baby dan sebagainya. Then nurse ckp suruh standby untuk dimasukkan ubat induce pada pukul 5.00 am nanti. Malam tu aku tido ala kadar je, sbb mcm2 aku tengok kawan2 yg sama pregnant dengan aku dan yg dah lepas bersalin, semuanya mempunyai kes2 pregnancy tersendiri..so aku tengok diorg, diorg plak tengok aku..sebenarnya x boleh tido pun..terlelap kejap, pastu, nurse dtg panggil untuk masuk ubat. Lebih kurang 5 - 7 orang dipanggil untuk masuk ubat dlm pada masa yg sama termasuk aku...gerun jugak x tau mcmana rupa keadaannya..sampai time aku, aku disuruh baring dan ubt dimasukkan dari bawah...sakit jugak..tapi boleh tahan lagi..doc suruh balik katil baring dalam 1 jam atas katil x boleh turun, kesan dari ubt berkenaan rasa macam period pain yg mild je...pastu aktiviti berjalan mcm biasa time siang..makan pun sedap jugak, silih berganti doc dan nurse test, check, taklimat pasal penyusuan, buat catatan pergerakan baby dlm kandungan dan rutin2 lain. Pukul 12.30 tghari aku dipanggil sekali lagi untuk dimasukkan ubat induce kedua, time masukkan ubat ni memang sangat sakit dan berdarah..huwaaa...masa ni aku dah start rasa kuat sikit dari tadi.. time melawat abg datang temankan aku..sayangnya dia pada aku..terima kasih abg...sampailah pukul 6.00pm makan malam, aku dah start sakit sampai x dapat nak makan, terkejang-kejang aku dibuatnya kat atas katil tu..darah dah start keluar, then aku siap2 pakai pad..bila sakit datang aku dok diam2, dah kurang aku makan balik, sampai lah aku mintak nak duduk je, baru kurang sikit rasa sakit,tgh2 dok sakit tu nurse dtg nak ambil catatan degupan jantung baby dengan alat yg besar dan berbunyi mcm kuda tu..
adoi time ni dah x tahan dah dok baring...terkejung-kejang aku dibuatnya. Then aku cakap kat 'abg mcm ni punya sakit rasanya x boleh tahan dah sampai esok kot rasanya, entah2 pagi nanti'..sampailah time melawat habis..abg pun dah nak balik...lepas abg dah pergi..aku dah x boleh tahan dah ni...nak jalan pun dah x boleh...nak menahan sakit pun dah x boleh..last2 pukul 7.00 mlm aku pergi gagahkan jugak berjalan ke kaunter cakap dah x boleh tahan...nurse tanya rasa mcmana, then aku pun describe la detail dekat nurse tu..then oleh kerana tgk muka aku dah pucat2, doc panggil aku utk check, dia seluk dan ckp baru 3 cm, adoi la...pastu aku dah x boleh jalan dah..aku ckp lagi pada nurse senior, lepas diorg berckp2 sesama diorg, nurse muda tu ckp 'akak nak tolong ke' pada nurse yg agak berumur, then nurse senior cakap 'jom saya check puan sekali lagi', berjalan lagi aku ke bilik untuk check bukaan.. dia kata 'confirm baru 3 cm', then dia ckp meh dia tolong percepatkan bukaan, kena tarik nafas ye, pastu dia mcm korek2, Ya Allah sakitnya...then dia check dah 4 cm..pastu nurse ckp 'boleh kol bawah untuk maklumkan dewan bersalin'...pastu aku dah tak boleh jalan dah..nurse ambil wheel chair, nurse tolak ke katil, dia suruh bukak pakaian dalam, tinggal baju pink dan kainnya je...aku ikut je lah..nurse tolak ke bawah lebih kurang pukul 7.30pm..masa nurse tgh sorong tu aku kol abg ckp dah nak masuk dewan bersalin, rupanya abg baru nak makan, apa yg diorder terpaksa dibatalkan...dia sampai je aku dah ade dlm bilik bersalin, nurse dah angkat aku ke atas katil bersalin.., suruh bukak tudung dan getah rambut, seramnya aku tgk semua lampu2 tu...abg ada disebelah, dengan doctor yg ramai dan nurse, panas, berpeluh, sakitnya bukan kepalang, aku cuba sehabis tenaga, pastu aku dengar abg cakap 'cepat sayang..Ya Allah' last2 aku rasa panas je kena gunting 2nd degree,pukul 9.30pm, 17 December 2013 akhirnya lahirlah puteri kami yg ditunggu2 selama ini..lepas melahirkan hilang semua sakit2 tadi tu...abg pun sedih tak terhingga tengok aku..dlm sebak dia ucapkan terima kasih pada aku..
baby yg dilahirkan dibawak keluar secepat mungkin..baby x nangis pun masa ditunjukkan kepada aku..semua doc keluar tinggal aku dan husband je kat dalam bilik bersalin tu, pelik jugak..aku mula rasa sejuk aircond, dengan keadaan aku yg sama masa time bersalin, aku pun pelik doc semua pergi mana, husband aku dipanggil nurse, rupanya doc berusaha keras untuk bagi baby aku menangis, baby nangis tersangat sikit, serak-serak je..baby akhirnya dimasukkan dalam kaca sekerat dada ke atas, abg disuruh qamatkan baby dari luar kaca...baby disorong ke NICU...lepas tu abg datang kat aku pastu dia ckp dia nak uruskan baby ke NICU..aku kat dlm bilik bersalin dijahit dari lepas bersalin sehingga pukul 12.30 malam..lama dan sangat sakit..sampai nangis2 aku dan trauma..doc tambah ubt bius untuk aku..dah setel jahit dia test pulak..adoi la sakitnya bukan kepalang..dah setel semua aku ucapkan terima kasih kepada doc dan nurse yg menjahit aku..nurse tu sangat baik, dia bancuhkan air untuk aku, ikatkan rambut aku, pakaikan pad, tukar kain dan baju yg berdarah dgn baju yg bersih..then pindahkan aku ke katil beroda utk ditolak ke ward. Nurse pindahkan ke katil ward, dok kejap abg sampai, ward pun cahaya suram2 je sbb semua org tgh tido, oleh kerana aku lepas bersalin nurse benarkan abg masuk ke ward, abg sapukan seluruh badan aku dgn minyak panas, pakaikan stokin, sapu minyak kat kaki n tangan, beli makanan panas dan air milo, dan baringkan aku tido..abg ambil uri untuk dibawak ke shah alam. Aku pun terus tido, baby pulak dalam NICU dan abg pun balik dlm pukul 2.00 pagi.
Pukul 3.00 pagi nurse kejutkan aku untuk tukar pad, aku kata ok, aku rasa mcm ok, rupa2 time aku berdiri aku hampir2 pitam, aku berdiri saja tahankan pening aku tu..lepas tu apa lagi darah keluar berlambak2 kat lantai sampai aku x boleh jalan, pedihnya tempat gunting tadi...habis lencun kain aku dengan darah, aku tekan button panggilan kecemasan dan nurse pun datang..nurse tanya kenapa, aku ckp nak baju dan kain baru..lepas aku dapat baju aku berjalan perlahan yg mungkin pergi ke tandas, seramnya tandas kalau pukul 3 pagi..tapi buat dek je lah..dah habis baju kotor dgn darah takkan taknak tukar..lepas tukar semua pad dan pakai seluar ketat2 aku balik ke katil untuk lap darah yg byk di lantai dgn kain lama yg kotor..pergi balik ke tandas untuk masukkan kain kotor ke dlm tong baju, basuh tangan bersih2 dan balik ke katil untuk tido..aku tak boleh tido sampai siang sbb teringat time kena jahit yg sepanjang kena jahit tu aku nangis je..sebab tak tahan sakitnya...dekat2 pukul 6 pagi baru boleh lelap...
Esoknya aku dah boleh balik.. ptg, jadi aku nak pegi ke NICU tgk baby..nurse kata nanti tunggu suami datang amik sorong ke NICU..last abg pun sampai, kitaorg pun 'check out' dari ward tu..pergi ke NICU pulak..rupanya baby ade problem pernafasan dan jangkitan kuman dan jaundice..tak boleh balik..aku dengan barang yg banyak berkampung pulak di NICU..aku tunggu katil sampai pukul 11 mlm tak de katil lagi..adoi la..nurse bagi mak-mak tinggal di ward ibu di NICU..aku tunggu je kat kuysen dlm NICU tu..kesiannya aku tgk baby atas katil kaca yg tinggi, wayar kat hidung, mulut, kaki, dada, sedihnya...aku pun dah x kisah dah diri aku..sekarang ni baby lebih penting..so aku decide stay di NICU..
aku sentiasa dok tepi baby aku, aku susukan dia, peluk2 baby, ckp suruh kuat, abg selalu dtg melawat aku dan baby, siang malam abg datang, 5 malam aku kat NICU tengok baby aku, aku balik ward mak2 time nak mandi, dan rehat kejap je, selebihnya mmg dok tepi baby je..akhirnya hari ahad baby dapat kluar..yeeaaayy..lepas doc buat ear screening test pada baby, baby dah boleh discharge, cepat2 aku bagi tau abg..lebih kurang sejam abg dtg...Alhamdulillah semuanya dah selamat dan selesai...dan bertolak ke Shah Alam untuk berpantang..
Aku berpantang di shah alam, terima kasih kepada kakak iparku yg sangat caring, menjaga aku serapi yg mungkin, jaga aku, pendek kata semua org care dekat akulah..alhamdulillah..
Belom habis pantang, ayah pulak sakit, jadi susah hati punya pasal aku balik jugak penang dlm pantang, nama ja masih pantang tapi aku dah buat kerja2 rumah malah menebas rumput2 depan rumah ayah tu pun aku buat...huhu terpaksa..badan sakit jangan ckp ye...adikku shahida merangkap maksu terpaksa menjadi baby sitter sbb kakaknya nak menjalankan kerja2 di dapur..
pastu baru balik ke rumah sendiri..adoi it's a long journey...berpantang terus menerus mencabar bila selangor tak ada air...2 minggu x ada air, dengan baby kecik, aku pun turun angkat air sekali sekala sbb kesian abg angkat sorang2..tingkat 4 bukanlah rendah ye..huhu
tak apalah janji puteri yg diberi nama Alissa Ameera bt Ajemi sihat sejahtera dan gembira selalu. Untuk anakku, membesarlah dengan sihat dan jadilah anak yg baik dan bijaksana.
Untuk suamiku terima kasih yg tidak terhingga kerana menyanyangi kami berdua sepenuh jiwa dan raga, tidak terbalas pengorbananmu untuk kami berdua...i love both of you very very much...
Itulah coretan pengalaman yg tidak dapat aku lupakan seumur hidupku..wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog sebagai rujukan dan kenangan (coretan untuk anak-anakku yang disayangi)
28 Oktober 2024 - Happy Belated Birthday Adik...Hari jadi anak yang terpaling bongsu..happynya dia..Annis Azzahra dah 9 tahun, dah besar ad...
-
Dah lama dok intai-intai kek yang glemer ni...apa lagi meh kita tengok apa bahan-bahannya...kat malaysia kek ni jarang2 kedengaran.. The ult...
-
Sepanjang mengharungi perjalanan hidup,manusia tidak dapat lari dari dugaan.Dugaan yang datang ada kalanya memberi tekanan pada jiwa dan pas...
-
Malam ni tiba-tiba rasa nak menulis pengalaman yang dah dilalui pada penghujung tahun lepas. Sementara masih ingat ni baik tulis kat blog se...
No comments:
Post a Comment