Sunday, May 11, 2014

Setiap detik adalah sangat beharga...

Mencabar betul bila ibu-ibu bekerjaya ingin menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu..sehingga kini alhamdulillah Alissa minum susu ibu. Mula-mula 2 minggu sebelum naik kerja memang cuak sangat stok susu belum ada, apa yg disimpan semua habis. Masa tu susu pun pump x banyak..setitik pump lama nak jatuh ke dalam botol. Aku tetap bersabar perah jugak, sehinggalah pada suatu hari semasa di Penang tengah kalut2 kat dapur terasa bengkak yg amat dan aku terus pump, dan gembiranya bukan dibuat2..rezeki untuk Alissa, sejak hari itu, susu terus turun mencurah2. Bermulalah sesi mengumpul stok di rumah sendiri.
Di office mula-mula pump memang sangat janggal, dengan kerja, meeting, kejap2 hilang, mula2 pump di bilik meeting yg tersorok kat belakang, lepas tu rasa macam x secure je terus tukar buat sesi pump di surau. Time ni agak mencabar dengan kerja2 hand over sebagai project manager Green Jobs kepada orang lain, nak tukar job scope lagi kepada OD dan macam2 lagilah. Masuk bulan ke - 4 aku dah boleh manage sesi pump dan komitmen kerja. Tapi sejak aku lepas bersalin badan aku sangat sakit2. Memang serious kena ambil vitamin sebagai supliment tambahan untuk tujuan penyusuan dan untuk tenaga.
Satu masalah lagi, dulu baby x nak minum botol, sekarang dah nak minum, tapi baby Alissa tak nak pulak susu yg turun dari tempat pembekuan, jadi banyak yg diminum x habis, kalau isi 3 oz mesti buang 2 oz, kadang buang lebih lagi, akibatnya stok susu habis buang je..baby Alissa nak yg fresh je maksudnya yg tak dibekukan. Aku pun pelik kenapa dia tak nak minum yg dicairkan selepas beku, then aku pun rasa lah sikit, rupanya x sedap, pelik rasanya tetapi susu tetap rasa manis2 buah. Lepas dari habis stok beku tu, aku sentiasa bagi yg fresh je. Letak tempat biasa dalam peti, masa nak minum tuang lebih kurang 3 oz, warmkan susu dalam warmer, bagi baby laju je dia sedut. Alahai anak..tak apa lah. jadinya setiap hari aku bekalkan susu fresh 12 oz, 12 oz lagi stand by, so setiap hari aku kena pump dan kena berusaha untuk dpt sekurang2nya 10 oz sehari, kalu x kesian baby. Mula tu memang nervous le susu dah x de stok. tapi bila aku buat teknik mcm ni nampaknya membuahkan hasil. Alhamdulillah dapat ilham buat mcm ni, anak tetap dapat minum susu fresh, susu x terbuang, anak dan ibu sangat hepi... Tetiba baby Alissa x berak lebih kurang 2 minggu. Aku punyalah risau, nurse dan doc dah marah2 aku, suruh jaga pemakanan, dan kena bagi susu aku berkualiti. Aku senyapkan saja mendengar nasihat nurse tu. Erm tak apalah dengar nasihat demi kebaikan anakku ni..muka budak x uk uk..then kena refer check up di Pediatrik plak untuk development Alissa
Cepatnya masa berlalu, aku nak letak gambar baby Alissa mandi.. masa ni baru lepas pantang
Ni dah 2 bulan lebih rasanya..
Ha ya ni terkini..
Ni pulak time on the way hari pertama naik kerja, tetapi tak de car seat. Baby Alissa kami letak dalam beg balik kampung, sbb x de pilihan..keciannya dia..hehe, dan alhamdulillah dapat beli car seat utk dia 2nd day tu..
Sekarang baby Alissa dah boleh meniarap..sihat-sihat ye cayang..Mummy dan daddy love you very very much..muah..
Semoga Allah murahkan rezeki susu mummy untuk anak mummy yg sorang ni..amin..

No comments:

Post a Comment

Blog sebagai rujukan dan kenangan (coretan untuk anak-anakku yang disayangi)

 28 Oktober 2024 - Happy Belated Birthday Adik...Hari jadi anak yang terpaling bongsu..happynya dia..Annis Azzahra dah 9 tahun, dah besar ad...