Maklumat yang dikongsi diambil dari sebuah forum di laman sesawang.
Tips pengurusan kewangan terbaik
kalu nak selamat lew!
1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan
Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.
Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding
kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.
Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.
Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.
2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)
Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.
3. Lunaskan hutang kad kredit
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!
4. Mencarum dalam pelan persaraan
Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.
5. Menabung.
Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.
6. Melabur.
Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.
7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja
Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.
8. Semak liputan insurans
Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.
9. Kemas kini wasiat
Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.
10. Simpan rekod kewangan dengan baik
Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.
Akhir kata: elak pape untuk bergaye! jauhkan diri dari Along kalu tak ttp terlolong!
source: doit-info.blogspot.com
nikmatilah kehidupan kita di dunia ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan dengan orang-orang tersayang..kerana setiap detik yang kita lalui pasti tidak akan berulang lagi...kenangan itu suatu keindahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog sebagai rujukan dan kenangan (coretan untuk anak-anakku yang disayangi)
28 Oktober 2024 - Happy Belated Birthday Adik...Hari jadi anak yang terpaling bongsu..happynya dia..Annis Azzahra dah 9 tahun, dah besar ad...
-
Dah lama dok intai-intai kek yang glemer ni...apa lagi meh kita tengok apa bahan-bahannya...kat malaysia kek ni jarang2 kedengaran.. The ult...
-
Sepanjang mengharungi perjalanan hidup,manusia tidak dapat lari dari dugaan.Dugaan yang datang ada kalanya memberi tekanan pada jiwa dan pas...
-
Malam ni tiba-tiba rasa nak menulis pengalaman yang dah dilalui pada penghujung tahun lepas. Sementara masih ingat ni baik tulis kat blog se...
No comments:
Post a Comment